Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tinggal 2008.. Selamat Datang 2009..


Malam ni tepat jam 12 malam maka berlalu lah tahun 2008.. Maka akan datang la tahun 2009.. Dikesempatan ni.. aku nak ucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua kengkawan .. kepada pembaca2 blog aku.. *ade ke.. abaikan.. dan silent reader.. kalo ade gak.. hahahahahah..

SELAMAT TAHUN BARU 2009 DAN SALAM MAAL HIJRAH


Lucky

Owh!! bertuah kah aku??Mmengapakah?? ahaks!! dapat durian runtuh kah???.. nak kawen kah??? ahaks!! takde kena mengena ngan sume tu occay!! saje gegatai tulis tajuk entry lucky!! nak gembira kan hati sebenor nyer.. almaklumla.. kan sok dah tahun baru.. so.. hati kena baru.. jiwa kena baru.. tp hati dan jiwa dah jadi baru since awal muharram lagi.. elok ikut tahun islam dr ikut tahun masihi ni.. hmmmm.. sok cuti.. hari jumaat aku da siap2 amek cuti.. senang.. direct cuti sampai ahad.. sebelum memulakan keje pada tahun baru nnt.. mau rehat secukup nyer... Ape kena mengena ngan tajuk??? sila abaikan...

Owh!! aku sangat suke dengar lagu lucky nyanyian jason mraz ngan colbie caillat.. sangat2 sukeh occay!! mengapakah.. sebab.. lyricd ia cam ade kena mengena ngan aku.. ahaks!! tetiba jiwang!! *mati la... ni la lirik lagu tu..



LUCKY - JASON MRAZ ~ COLBIE CAILLAT

Do you hear me?
Talking to you
Across the water
Across the deep blue ocean
Under the open sky
Oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you, I promise you I will

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through the trees
Move so pretty, you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohhohhohhohh


*Ahaks!! mati la hari ni mood men jiwang kan diri...

Tuesday, December 23, 2008

Tertekan!!!

Wah!! kemain lagi tajuk.. tertekan katanye.. errrr… ape yg tertekan tu.. ahaks!! eh..eh.. korang jgn nak ngengade pikir lain ek.. cuba berada di jalan yg lurus lagi benar.. hiks!!.. aku bukan ape.. aku lately ramai gak kengkawan yg mengadu domba.. diri masing2 tertekan.. hehehehe.. aku kan pendengar yg setia.. seperti setia nyer aku mendengar kasih mengomel.. meroyan.. melalak.. setiap hari... hehehe…*mati la.. ni saje je.. nak berkongsi cara meredakan tekanan..meh la baca.. meh..meh..


MEREDAKAN TEKANAN


SEMUA orang biasa mengalami tekanan dalam hidup.Cuma yang bezanya adalah adakah seseorang itu mampu menghadapi dan menangani tekanan dengan baik atau sebaliknya hingga ada yang bertindak diluar batasan kerana terlalu tertekan.Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan kerja atau hidup.Antaranya ialah : -


BIASAKAN DIRI DALAM KEADAAN BERWUDUK

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya,disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati . ~ Kena rajin wat ni.. :)

PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur.Oleh itu,jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.Membaca Al-Quran juga mampu membuatkan kita tenang sekaligus melupakan masalah yang sedang dihadapi .

BANYAKKAN SOLAT SUNAT

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah,kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.Solat sunat hajat,solat sunat taubat,solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


SELALU BERDOA KEPADA ALLAH

Allah selalu berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini beerti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan perlulah dilakukan secara berterusan.Waktu- waktu mustajab berdoa adalah pada malam jumaat,tengah malam,pagi sebelum waktu Subuh,malam hari raya,ketika sewaktu azan dan iqamah.Insya- Allah,Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha bersunguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu disamping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.


BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.Semuanya itu adalah ujian daripada Allah S.W.T yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya.Oleh itu,kita mestilah Bersangka baik kepada Allah dan janganlah menyalahkan DIA jika terjadi sesuatu pada diri kita.Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik satu-satu kejadian itu.


LAKUKAN KEGIATAN LUAR SEPERTI BERSUKAN DAN BERIADAH

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas.Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh seperti bersukan.Situasi ini akan menjadi lebih mengembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga beriadah.Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. ~ Uiks.. dah lama tak wat ni..


AMAL DIET DENGAN DISIPLIN YANG KUAT

Pengambian makanan berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.Oleh itu,cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik lain seperti lemah jantung,darah tinggi mahupun kencing manis. ~Uiks!! Yang ni kena wat ni… DISIPLIN..DISPLIN…


MENANGIS DENGAN SEPUAS HATI

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan dalam sehelai kertas.Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “ Luaran lain hati lain ” .Ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan,mereka seolah-olah tidak menunjukkan masalah mereka itu.Sebagai contoh,mereka sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui.Maka dengan itulah,menangis adalah salah sartu cara kita dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.Menangislah sepuas-puas hati hingga anda berasakan sedikit kelegaaan. ~ Yang ni aku tau sape yang suke wat ni.. hahahahaha… tapi baik utk kesihatan.. so lenkali nak redekan tekanan sila la menangis sepuas hati yer.. sampai kering air mata pun takpe..


HARGAI KEBOLEHAN DIRI SENDIRI

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri.Apabila kita mempunyai keyakinan diri,maka kita tidak akan mempunyai masaalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masaalah.Apa yang penting ialah,kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


CINTAI DIRI SENDIRI

“ Cintailah diri kamu sebelum kamu mencintai diri orang lain ” .Jelas maksud sepotong hadis ini,kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain.Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas.Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman . ~Yang ni aku suka.. Yer.. cintai diri sendiri dulu yer hadek2..

Monday, December 22, 2008

Yuhuuuuu!!!!!


Korang mesti rindu kat aku kan.. ahaks!!


Aku dpt ni masa aku gi memancing soping kat melaka hari tu.. Nak tau ape isi dia?



Ha.. cantek kan.. aku suke gambar bebear tu..


Tadaaa!!!! ini la isi nyer.. cekelat.. nyum!! nyum!!


Dan cekelat tadi telah di habis kan oleh si kecik ni..

Friday, December 19, 2008

Ke Mana Menghilang...

Uikkssss!!! agak bersawang blog aku yer.. errr.. almaklum la... tak brape sihat lately.. ditambah plak aku minggu lepas amek cuti2 Malaysia.. kenapa aku cuti.. hehehehe..saje je.. menghabiskan cuti yang masih berbaki.... ahaks!!....

Ha!! ni nak kongsi ngan korang yang tengah hamil ni.. sehsuai utk entry hari jemahat kan.. so.. aku nak kongsi ngan korang seme.. baca la..

Zikir Semasa Hamil
Oleh: Zaafarani Zahirul Haq


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Buat ikhwah sekalian...
Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul "Wirid Ibu Hamil" karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.


Bacaan ayat-ayat Al-Quran.
1. Membaca Surah Al-'A'raaf : Ayat 54 - 56

Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu 'Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum...dan seterusnya

















Al-A'raaf : 54 - 56


serta memohonkan perlindungan kepada Allah dengan mua'wwidzatain iaitu,













Surah Al-Falaq













dan Surah An-Naas.

Riwayat ini dibawakan oleh Ibnu As-Sunni dalam kitab Zawaa'id Al-Musnad dengan sanad hasan dari Ubay bin Ka'ab bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam membacakannya pada seseorang yang terkena penyakit gila ( kesurupan ).


2. Membaca Surah Al-Ahqaf : 35, An-Nazi'at : 46, Yusuf : 111
Imam Ibnul Qoyyim Raahimahullah dalam kitab Zaad Al-Ma'ad (IV/357) dan Ath-Thibb An-Nabawi ( h. 530 ) menyebutkan bahawa Ibnu Abbas Raadhiyallahu 'Anhu berkata, "Jika seorang wanita mengalami kesukaran melahirkan, handaknya ia mengambil sebuah wadah yang bersih lalu dituliskan ayat berikut ini ( untuk dimasukkan kedalamnya. )

Ayat tersebut adalah :












Q.S Surah Al-Ahqaaf : 35




Q.S An-Naazi'aat : 46
,













Q.S Yusuf : 111.



Kemudian, air tersebut dibasuhkan dan diminumkan serta disapukan pada bahagian perutnya.

Disebutkan juga dalam kitab Al-Manhal Ar-Rawiyy karangan Ibnu Thulun ( h. 352 ) dan Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/170 ). Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam Ad-Da'awat dari Ibnu Abbas secara mauquf. Abu Bakr al-Mawarzi mengatakan," Pernah ada seseorang yang datang menemui abu 'Abdillah lalu ia berkata," Wahai Abu Abdillah, apakah engkau berkenan menuliskan ayat untuk seorang wanita yang mengalami kesukaran melahirkan anaknya sejak dua hari lalu?" Ia kemudian berkata, "Katakan kepadanya agar menyiapkan wadah yang lebar dan za'faran. Saya melihatnya perlu melakukan hal itu tidak hanya sekali."

Lihat Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/358 ).

Sementara itu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Al-Fatawa ( XIX/64 ) mengatakan, "Orang yang terkena suatu penyakit boleh dituliskan untuknya ayat-ayat dari kitab Allah dan dimasukkan ke dalam bejana yang berisi air kemudian diminumkan kepada pesakit. Demikian seperti ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ulama lainnya,"

Dan banyak lagi doa lainnya yang boleh dibaca. Semuga yang sedikit ini bermanfaat

Wednesday, December 10, 2008

Cuti Raye.. Sakit..

Lama kan aku tak hapdet.. sebab cuti raya kan.. so.. blog pun bersawang la kejap ye adik2.. kakak2.. dan abang2.. errr.. korang rindu ek *mati la perasan.. hahahahah.. takde ape pun yang aku nak cerita pasal Raya Qurban tahun ni.. sebab ape.. sebab tahun ni Raya Qurban aku DEMAM!! Mencik tau.. da la ujan sepanjang hari kat PD tu.. Aku demam dari hari sabtu sampai la semalam (Selasa).. Amek ko.. duk melepet je la aku kat umah.. xde ape pun yang buleh aku wat selain melepet kat dalam bilik tido aku bertemankan beg gantung baru aku.. hehehehehe..

Dalam pada demam2 pun gagah gak melayan kerenah si Aqillah tu.. nak wat camne kan.. Tapi aku sedih la.. sebab hari Senin hari tu dia da balik Johor semula.. sunyi la nanti umah mak pak aku balik lepas ni..Adeh!!.. Ok.. Hapdet kali ini tidak bergambar ye.. Sebab camera henpon cikai aku pun demam mcm tuan dia gak.. hehehehe.. Daaaaa!!!

Wednesday, December 3, 2008

Hampir Terlupa!!!

Hehehehehe.. aku hampir terlupa yang aku dapat award dr Dak Hanie ngan Yanie.. Soli..Soli..

Tadaaaaa!!! Cumel kan.. Hendak lah dipelihara sebaik mungkin... Keh!!!Keh!!Keh!!



Kalo dah dapat award.. makna nyer ade la peraturan yang kena ikut kan.. hehehe.. cumel sgt2 award ni..

1.Sape yang dapat award ni leh letak kat blog memasing
2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
3. Bagi award ni kat 7 orang bertuah

4. Tinggalkan ia mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kt orang tu :

Kat sape ek aku nak bagi.. Ha.. Ini lah colan2 nyer..


Monday, December 1, 2008

Jumpa Member.. Balik PD

Hari jumaat lepas ajak Kasih jumpa member aku yg turun ke KL dr Brunei.. pi tgk wayang cite quarantine.. haiyooohh pening kepala aku tengok cite tu.. jalan cite dia buleh la tahan… yang aku tak tahan nyer.. ade owang pekup muka tengok cite tu.. how??? Sapekah orang ittteeww… korang leh agak kot… hahahahaha… ala.. gambo ngan member aku tu takde la.. hehehehe.. so excited jumpa dia.. terus lupa nak snap gambo.. hehehehe.. nnt2 la ek.. kalo dia datang sini lagi…. Nanti aku tempek gambo dia kat sini… Tapi kena minta kebenaran dulu la ye..

Sok nyer plak aku balik PD.. rupe nyer dah ade 6 orang anak sedara aku yg dah sedia menanti kat umah.. 6 orang lagi mak cakap balik kampong nenek durang yang sebelah mak durang.. maka itteeww.. kira agak selamat la poket aku untuk minggu ini.. yang datang ni pun anak abg long aku yg kecik 2 orang.. anak abang ngah aku 2 orang ngan abang lang aku 2 orang.. tp.. kira nak runtuh gak la umah rasa nyer walaupun tak seme balik.. hehehe.. masing2 tengah membesar kan.. nakal nyer.. biasa la.. budak2 la katakan.. Anak buah aku yang balik.. 2 je pompuan.. yang lain seme lelaki.. so.. korang tau la kan camne keadaan nyer.. Ni la gambar yang sempat aku snap..


Aku ngan Aqillah.. Besar dah dia ni.. Setahun lebih..


Aku ngan Ahmad Irfan.. Baru nak masuk 2 bulan..


Qayyum dan Dalillah.. Hehehe,, ngan makcu nyer la..


Sebelah kiri tu Muhammad Naim.. Sebelah kanan Muhammad Nazim..

Dalillah ngan Qayyum.. seperti biasa...


Sesi membuli adik sepupu.. hehehe..


Ahmad Irfan.. Alahai.. geram kau tgk..

Kebetulan bila balik je.. aku dapat beg gantung.. heheh.. bukan beg biasa yer.. anak buah aku yang aku maksud kan beg gantung tu.. balik2 terus nak berkepit ngan aku.. serba serbi aku buat dia ngekor.. aku ke dapur dia ngekor.. nak susu aku yg buat.. nak nyusu tido atas riba aku.. nak tido pun atas riba aku.. *PITAMMM.. terus jadi beg gantung occayy!!.. Ni la beg gantung aku.. hehehehe..


Nur Aqillah... Masa dia kecik ngan sekarang.. Geram aku tengok!!!


Sampai je kat umah mak.. terus dia mintak dukung.. hehehe..


Serba serbi kena aku yang buat... Nak nyusu pun atas riba aku..


Tengah lelan mata tu.. Nak tido dlm buai.. nak aku jugak yg buai.. adeh!!


Nak tido pun atas riba aku.. kalo orang lain.. mengamok dia.. langsung aku takleh nak wat kije ape pun blk umah 2.. ke dapur aku.. ke dapur la dia.. ke bilik aku. ke bilik la dia.. aku leh gi mandi.. bila dia tido je.. mak dia gelak je tgk aku.. ye la.. lepas seksa dia kan.. tengok aku pakai tudung je.. lagi la tak lepas pegang sluar aku.. selagi aku tak dukung dia.. selagi tu la duk pegang sluar aku... nak balik semalam pun ngamok2 nak ikut aku.. menangis melaung2.. tapi nak wat camne kan.. bukan anak aku.. hehehehe..

Friday, November 28, 2008

Rindu...

Hmmmm… Camne nak cakap ek… ape motip entry kali ni.. Rindu???? Rindu apakah?? Rindu siapakah???? Hehehehe.. mesti korang ingat aku rindu kat seseorang kan.. owh!!! TIDAK!!.... bukan kat orang ye.. Aku sebenarnya rindu aktiviti luar.. uwaaaaaaa!!!! Minggu depan member2 aku nak gi Gua Tempurung, Kuala Woh… Hmmmm.. terpaksa la aku memendam rasa sat.. aku takleh join durang wat aktiviti luar wat sementara waktu.. sementara waktu??? Atau selepas ini tiada lagi aktiviti luar??? Uwaaaaa!!! TIDAK!!!!.. sob..sob..sob… Ape motip menangis dan melalak hari ni… hehehehehehe.. ish!!ish!!ish!! dah ko kenapa cah!! Rindu la.. tengok gambar2 la camni.. yezzzaaaa.. gegambar aktiviti luar… Rindu!!!

Masa ni gi Bukit Tabur.. Bawah tu Empangan Klang..


Dalam pada dok manjat.. sempat lagi posing kan..


Yang ni Masa gi Gunung Angsi.. On the way.. lalu sungai..


Tu.. sebelah gunung Angsi.. Xpasti lak bukit ke gunung..

Eh..Eh.. Ape ko wat tu Cah!!


Ni masa gi Gunung Ayam.. Sebelahkiri tu Air Terjun Jelawang.. Yg sebelah kanan tu dalam gua..

Masa ni kat Kem Baha.. Guide bagi pegang Kala Jengking..

Da sampai puncak Gunung Ayam.. Yang depan skali tu guide.. Jani nama dia.. Sape nak berkenalan leh.. aku bagi contact number ye.. hahahahaha..

Ni masa on the way ke Gunung Bunga Buah... Tempat nuri terhempas.. Kita org pegi sebulan lepas nuri terhempas..

Puncak Gunung Bunga Buah.. Antara yang sampai awal la..


Masak memasak memang koje aku kalo naik gunung.. ekekekeke..

Ni masa gi Gunung Kinabalu... On the way ke Laban Rata..

Aku ngan Shafini.. Singgah berehat..

Masa ni lagi 2km nak sampai Laban Rata.. Hujan la plak..

Masa kat Laban Rata..

Kat puncak Gunung Kinabalu.. Low Peak's..



Yeah!!! terima kasih kepada penaja pakaian.. Hahahahaha.. *motip apekah..

Nak balik dari Laban Rata ke Timpohon..

Tu la antara gambar yang ade dalam simpanan aku.. ade lagi gunung2 lain yang aku gi.. tapi gambar2 nyer tak dpt diselamatkan.. hiks!! Ape2 pun aku RINDU!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...