Tuesday, June 24, 2008

Babybugs Yang Nakal!!

Ish!!Ish!!Ish!!... Memang nakal tau ini sekor... Sekarang suka wat perangai... apa dia sudah buat.. ha!! tgk kan aje gelagat dia ni.. da 4-5 hari aku tgk kan aje.. suka sgt ye melepak kat handbeg aku... adeiii!! mana la ko blaja ni babybugs.. geram je aku tgk.. tp xde la sampai aku pukul or jentik dia.. bila di marah dia wat muka seposen.. adeii!! geli hati..

Ni la muka nyer ye.. nakal tau.. aku pun dok heran camne la dia leh panjat.. padahal handbag aku 2.. aku letak kat penyidai baju..
Ni la muka yang dibuat bila di marah... tp cute sgt kan.. muka mintak simpati gitu.. ekekekek... Elok je dok gayut kat handbag aku ni.. *buai laju-laju*

Elok je dia posing kan.. adeii.. apa la nak jadi ko ni daro.. yg jantan xdo lak wat poranghai camtu.. ekau lak daro yg wat yo!!!

Bila aku panggil lagi.. elok je duduk camni ye.. alahai.. nak dimarah syg.. aksi 2.. mencuit hati betul la.. ilang marah den.. hiks!!!

Monday, June 23, 2008

Rumah Baru!!!!

Sbb terlalu excited.. member aku ajak gi tgk umah kul 10 gak.. x sabar katanya.. aku pun x sabar.. ekekekekek... :p.. tp balcony umah aku x ngadap tasik.. xpe la.. janji turun je ke bawah.. da leh jejalan tepi tasik.. ni view umah aku ye...

Ni view umah aku dr luar.. dr depan umah jiran aku..

Ni balcony umah aku.. luas... leh letak sangkar kucing kat luar...

Master bedroom.. ade balcony gak.. best nyer!!

Master bedroom udah disediakan almari.. so.. xyah susah2 cr lemari..
Bilik air master bedroom...

Ruang tamu umah..
Dapur umah..

5/7 ade upacara penyerahan kunci... kiranya.. bulan depan aku da leh pindah umah la.. hmmm.. kena simpan duit ni... hmmmm...

Dapat Kuarters Baru....

Pagi ni sgt la awal aku gi keje ye dek non!!! Kenapa awal sgt aku gi keje.. Sbb hari ni kul 5 pg mataku udah celik... xleh nak tido blk.. so bersiapan awal la gamaknyer hr ini.. Smp kat opis dlm kul 7.20 pg.. 2 dia.. pekerja cemerlang hr ni.. ekekekeke.. pg2 on pc.. tergerak lak nak tgk permohonan kuarters yg lepas.. yeah!!!yeah!! dpt kuarters baru... kat presint 18.. makin dekat ngan ofis...Makin gembira hati aku ye.. sbb nyer aku dpt blok umah yg betul2 ngadap tasik... besh nyer... tp x pasti umahku mengadap betul2 ke tasik atau x.. xpe.. janji umah yg aku dpt ni lebih besar dr umah skrg... ekekekek.. luas umah 2 lebih kurang 2,051.90 meter persegi.. bulan depan aku akan pindah sana.. huhuhu.. jarak dr umah ke ofis lak lebih kurang 1km.. yeah!!yeah!! rumah 2 pulak dekat ngan Taman Pancarona.. tempat aku slalu joging.. lagi la best.. sume kemudahan ade... so.. x perlu la risau pasal jauh lg nak ke ofis.. n jauh lg nak gi joging..

Tengah hr ni ingat nak gi tgk umah.... lalalalalalala...

Monday, June 16, 2008

Petua Mendidik Anak Cemerlang

Hari ni cam malas nak hapdet.. tp ni terbaca pasal mendidik anak cemerlang.. Aku ni.. bila bercerita bab anak2 je mesti teruja... ekekekek.. nak ade anak sendiri... tahun @ kurun ke berapa aku x tau la.. tapi aku memang suka budak2.. Anak buah aku pun sume rapat ngan aku.. Kalo ade new born baby dalam family aku.. aku la yg paling teruja ye dek non... mengalahkan anak sendiri jerk teruja nyer.. hmmm... ni serba sedikit info pasal mendidik anak yg cemerlang.. Just utk tambah pengetahuan walaupun aku xde anak lg.. mana tau bila da ade anak nnt leh dipraktik kan... hmmm.. berangan je la keje ko ni ecah... ekekeke.. So.. sila la baca ye..


Sebenarnya tiada suatu pun formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya yg tersendiri yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Merujuk kepada satu hadith sahih dari Rasulullah s.a.w, mafhumnya:

Ada 4 tahap dalam mendidik anak-anak iaitu :

Dari bayi hingga ke usianya 7 tahun

Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa. dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain, bergurau dan seumpamanya dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fikir bahawa ibu bapa adalah rujukan terbaik
bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Dari usia 8 hingga 14 tahun

Dalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.

Dari usia 15 hingga 21 tahun

Ketika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh marah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak.
Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.

Dari usia 21 ke atas

Berikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul.

Hasil dari rujukan kepada Al-Quran, As-Sunnah dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang ini, di bawah disenaraikan 21 kaedah terbaik dalam membentuk anak-anak kita menjadi orang yang cemerlang.

1. Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari bersesuaian dengan tindak tanduk dan amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan dalam memberi pesanan kepada anak-anak. Menurut satu kajian, standard memberi pesanan dan arahan pada anak-anak pada setiap hari adalah sebanyak 200 kali. Barulah anak tersebut akan dapat dibentuk rutin kehidupannya mengikut apa yang ibu bapa mahu.

2. Banyakkan bercerita dengan anak-anak atas apa jua perkara yang baik-baik. Boleh mengambil iktibar dari Quran, kisah para rasul dan para sahabat. Malah ibu bapa pun boleh mereka cerita mereka sendiri. Yang pentingnya, ianya mestilah punya natijah yang boleh diteladani dan jangan sesekali bercerita tentang hal yang melalaikan.

3. Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya kepada anak tentang hal yang telah dilaluinya sepanjang hari dan apa pula yang telah dilakukannya. Dan bila anak bertanya pula, ambil kira setiap soalan yang diajukan dan sentiasa berusaha menjawab semua soalan tersebut secara hikmah.

4. Mendidik anak dengan merujuk kepada pengalaman yang telah lalu yang pernah dirasai oleh ibu bapa. Juga boleh mengambil iktibar dari pengalaman orang lain baik yang negatif mahupun positif. Ini akan lebih mudah menjelaskan mesej yang hendak disampaikan kepada anak-anak.

5. Mengasuh anak-anak melalui nasihat dan teguran . Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali sahaja supaya anak tidak cepat bosan. Mungkin dalam seminggu sekali atau dua kali sahaja. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan:

· Aqidah anak-anak tersebut

· Ibadah dan amalan hariannya

· Akhlaknya

· Kerjasama di dalam dan di luar rumah

· Tanggungjawab yang perlu ada dalam dirinya

· Kesihatannya

· Sangka baik dalam diri

· Suci hatinya pada Maha Pencipta dan makhluk disekelilingnya

6. Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak-anak dan sentiasa selitkan unsur-unsur nasihat yg bermanfaat di dalamnya.

7. Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak-anak termasuklah dalam kerja-kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuannya dan bersesuaian dengan jantina anak itu. Kerja tersebut juga hendaklah diberikan mengikut waktu yang sesuai dan kena pada tempatnya. Sentiasa pantau kerja yang dilakukannya dan segera perbetulkan mana-mana kesalahan atau tabiat yang tak elok. Jangan kutuk anak kalau mereka buat salah dalam tugasannya dan jika memuji anak biar berpada-pada.

8. Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak.

· Ibu pada yang sederhana memberitahu anak-anak apa yang mereka perlu lakukan.

· Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan tentang apa yang dia minta anak dia buat.

· Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh tentang sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya.

· Manakala ibu bapa yang mithali, sentiasa menggerakkan anak-anaknya untuk menjadi manusia cemerlang.

9. Sentiasa memberikan galakan dan amaran pada anak-anak iaitu dorongan ke arah yang positif dan berikan hukuman bila anak buat kesalahan dengan hikmah. Menurut kajian pakar-pakar psikologi, galakan diberikan 80% dan 20% lagi untuk amaran. Galakan yang banyak akan jadikan anak-anak lebih ceria dan anak-anak yang ceria lebih menjurus ke arah individu yang cemerlang.

10. Lakukan suruhan dan gesaan pada anak-anak dengan tidak perlu berulang-ulang kali memberikan peringatan. Gesaan dilakukan pada anak dengan sekali arahan sahaja. Ibu bapa perlu ada tindak susul pada anak atas apa yang diminta lakukan. Jika ibu bapa perlu beritahu anak banyak kali dalam sesuatu hal pada sesuatu masa, ia ditakuti akan boleh menjadikan anak seorang yang degil

11. Ambil berat kebajikan anak-anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak-hak anak yang sewajarnya. Ibu bapa mesti menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak-anak yang mana anak tersebut layak terima dan sesuai dengan kemampuan ibu bapa tersebut.

12. Ibu bapa gunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak-anak. Tak perlu tunggu anak menceritakannya pada ibu bapa bila berdepan dengan sesuatu masalah. Praktikalnya amat penting terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sensitif yang mudah tersentuh hatinya. Allah berikan kehebatan ini pada ibu terutamanya dalam menyelami hati budi seseorang anak. Gunakan juga kaedah ini untuk menasihati anak-anak pada sepanjang masa.

13. Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan bahawa antara perkara yang boleh dilakukan dan dilatih pada anak-anak termasuklah :

· ajar anak-anak menyimpan rahsia

· latih anak-anak berpuasa

· bentuk kemahiran sosial anak, contohnya dalam cara berkawan yang betul

· luaskan ruang lingkup pembacaannya supaya pengetahuan amnya hebat dengar pendapat anak

· ajarkan anak cara membuat keputusan yang baik dalam sesuatu hal memberikan pujian pada anak-anak berpada-pada

· ajar mereka cara berniaga

14. Kenalpasti kecenderungan dan minat anak-anak. Selain dari memerhatikan sendiri anak- anak tersebut, boleh juga bertanya kepada guru atau rakan tentang hobi anak-anak, mungkin ada yang ibu bapa terlepas pandang. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah jadi orang yang cemerlang.

15. Pilih waktu yang sesuai dalam menasihati anak-anak . Waktunya termasuklah ketika :

· masa rehat dan bersantai dengan anak-anak

· beriadah atau berikreasi dengan anak-anak

· di dalam perjalanan

· anak hendak tidur, sedang tidur atau ketika baru bangun dari tidur

· selepas waktu mandi

· selepas solat bersama anak-anak

· selepas anak-anak membaca Al-Quran

· ibu bapa membaca Al-Quran, ditiupkan pada kepala anak dan dinasihatkannya

16. Ibu bapa hendaklah bertahap-tahap dalam mendidik anak-anak mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak berkenaan. Didikan pada anak juga hendaklah singkat, padat, bermanfaat dan tidak membosankan.

17. Pastikan anak-anak mematuhi perintah Allah dan meneladani sunnah yang dibawa dan diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Ibu bapa sentiasa memperbaiki amal ibadah dalam keluarga selaras dengan tuntutan agama.

18. Isi waktu lapang anak-anak dengan perkara-perkara dan kegiatan-kegiatan yang berfaedah . Jauhkan sama sekali dari melakukan hal-hal yang melalaikan.

19. Beri ruang kepada anak-anak untuk berdialog dengan ibu bapa secara terbuka tetapi dalam keadaan dan situasi yang penuh hikmah.

20. Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan yang seimbang. Pastikan :

· adanya diet yang betul dan vitamin tambahan yang bersesuaian.

· makanan adalah halal , bersih dan tiada unsur-unsur subahat.

· banyak beriadah/bersenam untuk menjaga tahap kecergasan badan

· ajar teknik belajar dan berfikir yang betul

21. Doakan mereka berterusan secara positif sampai bila-bila dari mereka kecil hingga ke akhir hayatnya. Ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa apa yang ibu bapa fikirkan dan cakapkan pada anak-anak adalah doa yang sangat mustajab

Sumber: Haji Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah


Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.

Thursday, June 12, 2008

Hakikat Sebuah Perkahwinan

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat…dan manakah pilihan kita?


1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.


2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.


3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.


4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.


5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia.Yang dicintai pasti MATI / PERGI.


7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERIHIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAHmencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali
jika pasangan menderhakai ALLAH.

Hmmm.... Renung-renungkan la...

Latihan Lagi...

Hmmmmm.. network x ok lagi hari ni ye sudin!!! Maka oleh iitteeww… keje aku tertangguh lg.. apa la nak jadi ngan network ni.. kejap ok.. kejap x.. haiii la network.. makin melambak la keje aku nnt nih!!!.. Apa lg yg aku leh wat.. ni la keje aku.. buat hapdet blog sementara menunggu network ok blk.. kalo x ok gak nnt… ade yg aku ajak budak2 ofis aku gi tgk wayang nnt… wakakakakaka.. ngulor je la keje ko hari ni ecah oooiiii!!! Ekekekeke… nak wat camne.. sape suruh network weng kan… harus la aku gi ngulor…

Malam td group aku wat latihan kat padang Ekuestrian Putrajaya… mula2 berkumpul cam biasa kat dewan Presint 9.. skali Awie a.k.a Sifu bagi tau kena wat latihan kat padang ekuestrian.. maka berbondong bondong la kami pergi ke sana yach… Sunyi dan sepi ye sudin!! Jalan nak gi ke ekuestrian 2… Sampai je kat sana masing2 terus amik port melepak sambil2 tu sempat lg aku snap gmbr budak 2 org ni.. Kasih ngan Yuli.. Tapi 2 la.. xde cahaya sgt.. so…ala2 nampak ngan x je muka deme ni…

Malam tadi ade minah yg telah spoil kan mood aku ye sudin!!!…. Ha.. Padan muka kena marah se round ngan aku… Masing2 memang x puas hati dgn si M*k ni.. tau la anak buah kesayangan sifu, tapi jgn la mempergunakan kelebihan tu wat perangai masa latihan lak.. Da la org lain sume pun penat.. Si M*k ni plak wat perangai.. Da la xnak bercampur ngan yg lain.. Kalo x tau bertanya la.. Ini idak.. wat hal dia je.. yg mana akhirnya menyusahkan yg lain jugak.. geram sangat nye pasal kan.. tahap kesabaran sudah tidak dapat dibendung kan… harus la terluah apa yg terbuku.. dan hasil nya.. satu jeritan yg maha kuat aku keluarkan..Haaaa!!!.. depan2 Awie a.k.a Sifu aku marah dia.. lega rasa… dan juga hasilnya.. berjujuran air mata si M*k 2.. puas hati aku… Masing2 xnak bersuara masa dia buat perangai sbb tau dia anak buah kesayangan Awie.. tp aku peduli apa.. xleh dibiarkan.. kalo x ditegur x sedar2 nnt asyik wat perangai je.. meletup sudah akhirnya ye sudin!!!

Lepas abis wat latihan kita orang melepak kat Teja.. sambil2 minum air.. sambil2 tengok bola.. hiks!!! Aku memang suka tengok bola ye sudin!!.. Mlm tadi tengok Portugal Vs Rep Czech... Gol pertama kita org yg perempuan ni siap menjerit lg.. terpandang2 mamat2 yg bersebelahan ngan meja kita org… hahahahahaha.. layan kan aje perangai masing2.. Malam tadi yg duduk bersama melayan bola ialah muka2 ini..

Of coz la Cik Ecah kan..

Cik Kasih

Cik Aine

Cik Yuli

Cik Yati

Kusyuk nye la aku tgk minah ni makan sambil menjawab tipon ye sudin!!! Ekekekeke…

Haaa…. Cuba korang teka.. tgn sape kah yg sedang mengambil fries iiittteeewww ye… Opppsssss!!! Teka jgn x teka ye sudin!!! X lama pun kita orang melepak kat situ.. sbb nyer.. mata masing2 da kuyu layu…. Balik aku da kepenatan… Si kecik minta dibelai.. maka melepak la aku kat ruang tamu melayan kerenah si kecik… Sian depa sume.. kurang kasih sayang sekarang ni lantaran kesibukan aku ngan latihan tarian.. Sampai dekat kul 3 gak aku melayan kerenah si kecik 2 sume.. dan seperti biasa.. bapak kucing nye la yg terlebih manja…. Ekekekeke…… Kul 3 aku masuk tido.. ZzzzZzzzZzzz…..…

Wednesday, June 11, 2008

Kucing Lagi...

Dah besar gamak nye anak2 aku ni.. heeheh.. ni gambar terbaru si kecik2 tu..



Ni si Tiger.. Dah comel dia ni ye.. dulu kecik je.. masa ambil gambar ni di tiger tengah selsema. Sian dia aku tengok.. asyik bersin je...

Ni lak si Asafa.. Comot tul tengok idung dia ni.. ekekeke.. mana x nya.. asyik kena cakar ngan babybugs... 2 la kan.. suka sangat mngacau babybugs...

Ni babybugs.. Dia da kurus sikit skrg ni.. asyik main2 je keje nye.. mana x kurus.. geram la tgk dia ni... manja sgt2.. tp bapak dia lg manja ye sudin!!..

Tuesday, June 10, 2008

Cerita di hari minggu...


Hari ni xde network kat tempat keje aku.. so.. bila xde network.. xleh la nak wat keje kan.. maka oleh ittew.. aku dok melangok je kat depan pc sambil main game…wakakakaka… 2 la bahana nya bila xde network.. langsung xleh nak wat keje.. sudah nya.. satu office aku dok melanguk borak2 je sepanjang hari.. masa dorang tengah borak2 2 la.. aku amik masa buat hapdet blog kan.. nnt senang… bila da ok network.. leh la terus paste je hapdet aku ni… apa aku nak crite ek.. hmmmmm…. Sambil2 menaip ni.. sambil2 ingat step utk tarian mlm ni… adeiiii!!!!

Hmmm.. apa saje yg aku wat weekend yg lepas ye... pagi sabtu gi senam seni.. blk dr senam seni aku gi ambik makanan kucing kat cheras.. sampai di cheras.. june.. kak nurul.. harris.. kak iman (ahli forum kitten.com) da sedia menunggu dengan makanan yg banyak sedia terhidang dimeja.. pelik gak aku... nak gi amik makanan kucing.. tapi siap ade makan2 lak 2.... owh... nak menyambut birthday anak kak iman katanya.. patutla siap makanan bagai... ekekeke... lepak dulu.. borak2 ngan june.. june baru balik dr bandung.. dia belikan aku gelang silver.. aku suka.. ekekek.. thanks june!!
Gelang pemberian june..
Ni.. kucing kak nurul..
Yg belang2 2 nama dia emot.. yg itam 2 x pasti nama apa..
Yg itam putih 2.. Slyvester.. n daddy..


Ni kucing melinda.. tp xtau nama..
Tommy yg gebu....

Melinda ngan daddy...

Ni.. harris ngan tommy
Selepas acara bagi2 hadiah.. sesi potong kek bermula... anak kak iman sambut birthday yg ke 10.. comel anak kak iman ni.. muka ala2 mat salleh gitu.. rambut pun perang.. lepas sesi makan2.. acara timbang menimbang makanan kucing lak ye.. aku order 15kg untuk sweet heart aku... letih la melayan celoteh si june 2.. pot pet aje keje nyer.. aku xleh lama2 duk kat sana... siap je timbang makanan kucing aku.. aku minta diri dulu... ade urusan...*latihan tarian... sampai kat umah..... tukar baju terus gi latihan tarian.. adeiii.. sampai lambat aku hari sabtu 2.. latihan plak sampai kul 7...

Abis je latihan terus balik umah.. dan bersiap balik senawang.... hmmmm... lama sungguh aku x balik senawang... ade la dekat 2 bulan aku x jenguk rumah aku 2.. sebelum balik umah 2.. sempat lagi lepak ngan kasih kat juara char kuey teow.. pekena char kuey teow kat sana.. lama da x makan kat situ... sampai je kat umah.. tgk jiran sebelah kiri aku (fauzi) xde kat umah.. biasa nya dia letak kete dia kat garaj umah aku.. masa aku blk 2.. tgk umah dia gelap.. kete pun xde.. balik kg agaknya..

Jiran sebelah kanan lak .. da tido rasanya.. (aku sampai umah kul brape lak masa 2) ekekeke... masuk je umah.. owhhhh... berabuk ye umah aku... sungguh x best... ekekeke... kata da 2 bulan x balik kan... malam 2.. aku terus tido... x hengat dunia ye sudin!!!!.. keletihan... ZzzzZzzz...

Sedar2 da azan subuh je.. hmmm... sekejap je rasa aku tido.. lepas semayang.. tido blk... ZzzzZzz... Kul 8.30 aku bangun mandi n siap2.. then terus makan roti untuk sarapan.. Hari ahad.. sesi mengemas rumah ye.. ye!!! udah lama rumah ku ini x berkemas.. berhabuk... mula2 sapu umah.. dalam dan luar.. then sesi mop satu umah.. haaa!!! baru la best skit bila nak pijak lantai.. lepas mop umah.. sesi mencabut rumput lak kat luar umah..

Jiran aku Idris menyapa... lama x balik... aku jawab banyak agenda.. 2 yg x balik... maka.. sambil2 aku mngemas di luar 2.. berborak la aku ngan jiran tetangga.. da la balik pun jarang2 kan.. kalo x mnyapa jiran tetangga.. nnt dikata sombong plak... layan kan aje berborak.. anak2 Idris datang tolong sama cabut rumput kat umah aku.. cepat abis keje aku... ekekeke...

Lepas abis mngemas kat luar.. melepak la aku.. kuar jap.. gi giant.. beli barang utk aku masak.. hmmm... xtau nak masak apa.. last2 aku masak bubur nasi daging je... lepas masak n makan.. sesi merehatkan badan sambil tengok tv... haaa.... leganya dapat rehatkan badan.. tapi 2 la.. kejap je masa berlalu... kejap aje da kul 6.30... uwaaa!!!! malas nye nak balik..

Hmmm... mandi siap2.. then lepas maghrib aku keluar.. balik ke putrajaya... *sigh..

Friday, June 6, 2008

Rindu Bertandang Lagi...

Kenapa aku letak gambar ni.... Sebab aku rindu sangat2 kat 'orang' yg bg bear ni..Rindu yg teramat sangat... Seronok sgt masa 'orang' itu bg bear ni kat aku... Hadiah besday.. comel sgt2.. dan bear ni aku sentiasa bawa ke hulu ke hilir.. dalam kete aku.. ekekekek... Malam tadi siap mimpi kan 'orang' itu.. da lama x dengar brite tentang 'orang' itttteeeww.. apa khabar la dia agak nya.. sihat ke.. hopefully dia sentiasa sihat, dilindungi oleh-NYA dan sentiasa berbahagia... AMIN...


Laaaa... apsal mode mendom je ni... ekekekek.. ok la.. tukau topik... Gambar ni aku snap masa tengah tunggu member gi amik borang kat JPM.. amik borang tukar nama rumah katanya.. Aku malas nak ikut masuk... So.. aku decide nak tunggu dalam kete je.. Sebelum aku gi JPM.. aku merayau dulu ke Warisan Pertanian.. Gi kat satu vet kat warisan 2.. Nak mencari keperluan untuk sweet heart aku... ekekekeke.. semalam mencari nutri-coat utk depa.. tp nan ado.. abissss!! beli syampoo, ear cleaner ngan nutrigel je untuk depa.. hmmmm.. ranap gak dkt RM100.. adeiiii!!! Tp sayang punya pasal kan.. sanggup berabih utk depa.. janji hati gumbira... Kadang2 ade gak member tanya.. Kenapa sanggup berabih untuk kucing... slalu nye aku x jawab.. tp aku senyum then tanya balik kat org 2.. kalo ko dah suka.. ko dah sayang sesuatu.. ko sanggup berabih x utk benda 2... ekekeke...

Lama plak member aku ni pegi... hmmmm... sambil2 tunggu member aku ni.. aku snap lg gambar... ekekekek.. apa la keje ko cik ecah ooiiii!!! Buhsan sebenar nya.. Sambil2 dgr radio.. sambil2 2 la layan snap gambar la..


Penuh kete aku ngan barang2 kan.. ekekekek.... Biasa la.. da nama pun pompuan.. ekekeke... X lama lepas aku snap2 gambar.. member aku sampai.. zassss!! terus balik ofis... Hmmmm.. ingat nak buka submission plan yg baru.. tp cam malas jer.. so ape yg aku wat... Aku semak attribute dalam GIS .. kena update skit.. so menghapdet la aku data 2.. .. Sambil2 tu aku snap gambar ni....

Sempat lg kan... ekekekeke... Ko ni ecah!!! xde keje lain ke.. wakakakaka.. saje je kan.. aik!!! kat opis pun ade bear.. sepasang lagi... huhuhuhuh.. bear ni aku gantung kat tempat aku.. bila aku rasa cam susah nak setel kan satu2 keje.. salah satu bear ni aku akan amik dan ketuk2 kepala bear ni atau buat apa aje lah asalkan aku puas hati... 2 dia... sambil2 2 cari inspirasi beno nye.. ekekekekek..

Semalam hari yg meletihkan.. kena balaja step baru.. adeiii.. semalam blaja canggung, joget skali ngan inang.. adeiii.. pening nak ngingat sume step.. yang lelaki mlm td blaja tarian kuda kepang... seronok sgt tgk durang blaja kuda kepang.... tp ade yg lawaknya.. kuda kepang x jadi kuda kepang.. tp jd kuda liar.... ekekekeke... apa2 aje la alif.. asalkan ko bahagia.. aku suka je tgk budak alif ni... umo baru 16.. tp dia mmg minat nak blaja.. masa mula2 nak ajar dia step inang... byk nye la kena sabo... keras sgt badan nya.. nak2 dia ni ala2 lurus bendul.... tp dia ni rajin dan tajam ingatan dia.. dia ingat sume step.. tp nak menggaya kan step 2.. dia kurang skit.. tp la ni.. aku tgk.. da improve byk.. walaupun mlm td dia jd kuda liar... wakakakaka...

Hmmmmm.. abis da celoteh aku utk hr ni.. nnt sambung lg ye.. daaaa!!!!

Thursday, June 5, 2008

My SwEet He@rt!!!...

Ehem...aku gumbira... yeah!!!yeah!! naik rabak pale otak.. ekekekeke.. setelah bertungkus lumus memerah otak.. dengan ini di isytiharkan submission plan yg telah membuat otak ku menjadi tepu telah dpt disetelkan... yeah!!yeah!! suka bagai nak rak aku bila dpt setelkan error plan 2.. lega hati x terkata la.. tp.. lepas ni kena go thru dgn submission plan lain plak... adeeeiii!! hmmm... maka ittteeww amik masa nak rehat jap... hiks... sambil itttewww amik la masa nak update blog ni...

Mlm td letih yg amat wat latihan tarian.. awie a.k.a sifu asyik dok suruh ulang
tarian byk kali.. naik sakit kaki.. mlm td sume dah kena biasakan diri pakai capal.. adeh!! lg la sakit kaki bila nak wat pusing2 ni.. pusing kiri.. pusing balas blk ke kanan... adeeeiiii... letih!!! tp disebabkan minat.. so abaikan je la letih 2.. untuk timba pengalaman gak kan... abis kan masa terluang dgn perkara berfaedah gak kan.. dr aku dok merambu x tentu hala.. baik aku gi latihan...

Mulai minggu ni latihan akan diadakan setiap hr.. sbb show akan diadakan pd 13,14,15,27,28 dan 29 Jun ni.. 2 dia!!!!Aiyooo!!! so.. kekdah nye.. setiap mlm la aku akan blk lmbt ye.. dan secara automatik nya.. maka akan berkurangan la masa aku untuk bersama sweet heart aku kat umah 2... Dah la masa citrawarna lepas.. sweet heart aku 2.. sering aku tinggal2 kan... heheheheh.. sian sweet heart aku 2.. kalo korang nak tau.. ni la sweet heart aku yg kat umah 2.. hihiih...

Manja

Baby

Boy

Tiger

Asafa

Yg terakhir.. Baby Bugs

Ye!! 2 la dia sweet heart aku yg sentiasa menunggu kepulangan ku... ekekekeke... sume nye mmg manja sgt2 ngan aku... yg paling manja adalah bapak kepada 3 ekor yg kecil itteeww.. si boy.. setiap kali balik.. tatkala duduk diruang tamu.. boy la yg pertama skali akan duduk diribaan ku.. sgt manja itu bapak kucing yer sudin!!.. asalnya bela 3 ekor je.. tp boy telah mengembangkan zuriat nya dengan membuntingkan manja... wakakakakaka... 2 yg jadi sampai 6 ekor kat umah 2.. tp.. aku tetap bahagia.. sebab ke semua 6 ekor sweet heart aku ni.. akan menunggu kepulangan aku dengan pelbagai aksi yg sgt2 comel dan mencuit hati.. terus hilang letih bila tengok telatah sume.. (mcm tgk telatah anak sendiri plak!!... ekekeke.. tp 2 sume kurun ke brape baru leh tgk.. xtau!!.. ekekekek).. gmbr2 si kecil 2 diambil masa umu baru 2 bulan.. la ni da 4 bulan umo depa.. dah besar!!! nnt upload lain ye!!.. sebelum 2.. meh enjoy tgk gelagat mak ngan pak durang serta makcik kesayangan si kecik 2..... enjoy!!!

Manja akan pandang bila nama dipanggil.. dan inilah hasilnya..

Yang ni plak.. x payah panggil pun nama.. bila nampak je aku pegang camera.. cam tau2 je org nak amik gambar dia... dia la ratu nye.. makcik yg fotolergik.. ade skit cam tuan nye la.. well.. ekekeke..

Boy ni plak camni la ragamnye.. ala2 cute gitu.. wakakakak.. paling manja antara sume.. kalah anak dia.. ekekeke..

Ni.. masa tgh mengemas beg hiking.. datang la minah ngan mamat yg suka nyebok ni.. baby ngan boy..

Suka sgt ngaco org mengemas kan.. ha!!! amik ni.. aku pakai kan boy ngan balaclava aku... muka tensen nye pakcik ni... ekekeke...

Ni.. masa baby bersih kan bulu manja.. durang mmg suka bersihkan bulu antara satu sama lain.. tgk muka manja 2.. cam best je.. ekekekeke..

Apa2 pun.. melayan kerenah semua sweet heart mmg membuatkan badan aku yg letih terus hilang letih nya.. I love u all my sweet heart!!!.. Muaaahhhh!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...