Thursday, June 12, 2008

Hakikat Sebuah Perkahwinan

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat…dan manakah pilihan kita?


1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.


2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.


3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.


4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.


5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia.Yang dicintai pasti MATI / PERGI.


7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERIHIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAHmencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali
jika pasangan menderhakai ALLAH.

Hmmm.... Renung-renungkan la...

4 Orang Mengetuk KeyBoard:

KaSiH said... Best Blogger Tips

dr 1-6 ko pilih yg mana...jgn ckp 7 ek...aku x rasa ko mcm tu...hehe

Ecah said... Best Blogger Tips

wakakakaka... hanya aku yg tahu... ekekekekeke...

Malim said... Best Blogger Tips

hayoo no comment.. voley ker jawap ghetuu..

Ecah said... Best Blogger Tips

boley je malim.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...