Friday, July 11, 2008

Hargailah ‘PERMATA’ yang tersimpan di rumah

Sebab hari ni hari jumaat kan.. so.. entry nyer berbunga bunga ala insap skit.. skit je la.. *ces.. insap pun ade skit ngan banyak ke.. adoiii ko ni echah.. isk!! merapu la ko dek non!! mueheheheh... Paparan ni da lama aku cilok dr utusan.. bulan brape ek.. aku pun tak pasti.. tp dlm tahun ni jugak kot.. Disebabkan Cik Kasih meroyan pasal mas kawin.. Aku letak la entry ni... Wat bakal-bakal suami atau yg dah jadi suami hargai la PERMATA yg ade kat rumah ye dek non.. Mas kawen yg korang beri pun untuk PERMATA kat umah korang jugak kan.. Kalo da PERMATA 2.. x payah la korang nak meroyan kalo rege mas kawen naik... benda yg wajib ye.. naik bukan banyak pun.. heheheheheh..

NALURI seorang isteri cukup kuat. Terdetik apa sahaja tentang suami, dada mereka berdegup kencang. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami, mereka yang akan mendapat petanda terlebih dahulu, itulah kelebihan wanita bernama isteri.


Saya terpanggil mengajak pembaca berkongsi pengalaman seorang teman yang pada mulanya merasakan dirinya dikongkong isteri yang terlalu mengambil berat terutama apabila dia keluar bekerja.

Isu ini timbul semasa kami dan beberapa teman minum petang di sebuah gerai setelah selesai tugasan. Bukan melepak tapi sekadar ‘menenangkan’ minda sebelum pulang ke rumah.

Biasalah apabila lelaki dan wanita berkumpul, masing-masing mempertahankan hak dan tindakan mereka apabila menyentuh tentang rumahtangga dan kasih sayang suami isteri.
Perbincangan yang berlarutan sehingga pukul 2 pagi itu tidak terasa malah makin panas sehingga ada yang mengetuk meja.

Manakan tidak, kerana rancak bercerita teman seorang ini yang saya panggil F mengaku isterinya tidak akan tidur selagi tidak mendengar enjin keretanya berhenti di depan rumah.

Yang menariknya kata F, tidak kira pukul berapa dia sampai, tolak saja pintu bilik, pasti isterinya bertanya, “Dah pukul berapa ini, lambat balik!’’

Tapi itulah realiti hidup F sejak bernikah dengan isterinya, Ita lebih kurang 15 tahun lalu.

“Mula-mula dulu saya merasa terkongkong. Ke mana pergi semua dia nak tahu. Balik pukul berapa, dengan siapa, pergi ke mana. Lama-lama saya sudah lali dengan soalan-soalan tersebut.

“Sebabnya dia tahu saya masuk kerja petang dan habis kerja tengah malam. Biasanya pukul 12 malam, lepas itu minum-minum sekejap dengan kawan-kawan. Bukan pergi mana pun. Habis gelak-gelak ini balik terus ke rumah. Biasanya sampai seawal pukul 1 atau 2 pagi.

“Bukan dia tidak faham tapi dia sengaja buat-buat tidak faham. Saya tahu ada kala dia merasa sunyi, sebab tiap-tiap malam saya tidak ada di rumah. Bila dia bangun pagi hendak ke tempat kerja saya masih tidur. Kalau ada pun bangun sekejap hantar anak ke sekolah, kemudian terlelap lagi.

“Tapi nak buat macam mana, dah kerja macam itu. Hujung minggu pula ada masa kerja, ada kala cuti, bergantung kepada jadual. Itu yang tambah cemburunya lagi,’’ kata F tersenyum.

Saya mengusik, betul ke tiap-tiap malam di gerai ini minum-minum sahaja, tak ada merewang tempat lain?

F tersenyum sinis. Ada banyak makna di sebalik senyumannya itu. Tapi saya tahu F bukan lelaki jenis itu. Saya mengenalinya sejak zaman dia anak teruna, seorang lelaki yang baik, suami yang penyayang dan bapa pengasih.

Pernah kata F, satu hari dia balik pukul tiga pagi. Bukan pergi merayap tapi ikut kawan ke satu majlis. Tidak sempat hendak beritahu isterinya, nak dijadikan cerita terlewat balik. Sampai di rumah, kata F dia berusaha berjalan perlahan-lahan dalam rumah agar isterinya tidak sedar.

“Macam pencuri saya berjalan. Tolak pintu langsung tidak bunyi. Sebaik pintu terbuka belum pun sempat saya letak kaki ke lantai isteri sudah bersuara. Lambat balik, dah pukul berapa ini?

“Matanya bukan pandang ke arah saya tapi ke arah jam. Rupa-rupanya dia duduk bersila atas katil tunggu saya balik. Dalam sejarah perkahwinan kami itulah masa paling lewat saya balik ke rumah. Lepas itu saya tidak berani lagi. Bukan takut bini, tapi tak sanggup disoal siasat tengah malam sebab kita dah mengantuk, balik nak tidur,’’ kata F.

Pernah beberapa kali kata F dia cuba merisik kenapa isterinya bersikap demikian. Jawapan yang diterima menempelak F semula.
“Saya ambil berat tentang abang bukan kerana cemburu atau marah tapi sebab keselamatan. Mana tahu terjadi apa-apa dalam perjalanan balik... orang lelaki senang. Kalau isteri keluar rumah mereka tak ambil kisah, tak peduli. Tapi isteri, bila suami keluar rumah lewat malam tak balik-balik, selama itulah mereka tidak boleh tidur... pejam mata pun tak rapat,’’ katanya membebel.

Lalu saya beritahu F, sepatutnya dia bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang begitu mengambil berat.
“Syukur juga Kak Nor, tapi kalau keterlaluan rimas juga, langsung tak boleh nak belok kiri, belok kanan, jalan lurus sahaja,’’ tambah F sambil ketawa.

Kata saya, perempuan macam itulah. Terlalu ambil berat. Kalau suami yang tidak pandai menilai mereka kata isteri cemburu atau queen control. Sebenarnya tidak. Mereka bimbang apa-apa yang buruk menimpa. Tambahan pula sekarang macam-macam hal berlaku, kena bakar dalam kereta, dipukul dan macam-macam lagi yang mengerikan.

Sebab itu kata saya, para suami di seluruh Malaysia ini kena faham kenapa kebanyakan isteri cerewet dan bersikap macam wartawan, tanya itu tanya ini, sebab nak pastikan mereka tahu ke mana suami pergi dan dengan siapa.

F dan kawan-kawan sejenisnya tersenyum. Kaum Hawa pula bertambah seronok kerana dipuji melangit. Tapi kata saya, yang isteri pula jangan ambil kesempatan, hargai kepercayaan yang diberi.

“Ala Kak Nor, kita ini kerja macam ini mana lagi nak pergi. Habis kerja lepak-lepak sini saja. Kalau hendak cari perempuan lain yang faham kerja kita bukan mudah. Syukurlah yang ada di rumah itu boleh terima kita, marah-marah pun makan minum, pakai kita sempurna,’’ tambah A menyokong sambil tersengih-sengih.

Dalam hati saya berbunga rasa bangga. Tahu pun... tapi masalah dengan lelaki ini tidak mahu mengalah. Tidak pernah mahu menghargai pengorbanan isteri. Apa salah sesekali ucap terima kasih, puji sikit dan bawa makan-makan, beli hadiah.

Sebab itu saya katakan naluri wanita ini cukup kuat. Jangan cuba menipu, lambat laun mereka tahu juga. Tidak esok lusa, minggu depan, malah bertahun-tahun pun, satu hari kebenaran akan terbukti.
Biarpun geng yang berbual dengan saya ini bukan nakal sangat, tapi bimbang juga saya kerana sekarang ini mereka sibuk dengan golf, memancing dan karaoke. Ini lagi satu penyakit yang sedang menyerang.

Lalu kata saya, sekadar hendak ingatkan saja. Kerja macam kita ini sudahlah tidak menentu masa dan hari, hari off dan hujung minggu juga bergelut dengan hobi, apa hal isteri dan anak-anak di rumah? Bila masa untuk mereka?

Kali ini mereka semua tersenyum. Masing-masing mula melihat jam. Kerana takut isteri tunggu atau tak mahu lagi mendengar leteran kami kaum Hawa yang ada di situ, masing-masing meminta diri.
Tanpa menunggu jawapan mereka berlalu, sambil mengucapkan selamat malam dalam nada menyindir dan meninggalkan kami yang mereka panggil kumpulan Che Kiah yang masih leka menjamu selera.

“Tulah orang lelaki, bila kita leter sikit, angkat kaki. Bosan bercakap dengan mereka, tidak pernah mahu memahami kehendak wanita,’’ M mengomel.
Lalu teringat saya akan cerita B bagaimana ibunya menjadi tidak keruan beberapa lama kerana rindukan ayahnya yang telah kembali ke rahmatullah.
Satu hari kata B, ketika cuaca mendung, ibunya menjerit memanggil ayahnya mengatakan hari hendak hujan. Maksudnya mengajak suaminya itu mengangkat pakaian di ampaian. Berulang kali dia memanggil. Sebaik turun tangga baru ibunya tersedar bahawa suami yang dipanggil telah genap 100 hari pergi menghadap Ilahi.
Apa lagi yang mampu dibuat oleh ibunya melainkan menangis sambil beristighfar beberapa kali mencari ketenangan dan menerima kenyataan bahawa suami yang dicintai sudah tiada lagi di dunia ini.

Juga terkenang saya akan kerinduan seorang isteri yang sehingga ke hari ini tidak sanggup masuk ke bilik tidur kerana teringatkan suaminya yang juga telah enam tahun kembali ke alam baqa’.

Mengenangkan kisah mereka, terasa sebak di dada. Syukur kita yang masih punya teman hidup untuk berkongsi segala kepayahan dan keseronokan di dunia ini.

Dalam melamun, tidak sedar malam semakin larut. Kala kami bangun untuk menyelesaikan bil, jurujual memaklumkan semuanya sudah ‘dibereskan’ oleh kaum Adam yang telah berlalu tadi.
Saya dan teman-teman berpandangan sesama sendiri. Kemudian tersenyum. Terima kasih kepada F dan rakan-rakannya, para suami yang budiman.

Menutup catatan, pesanan saya, gunakan masa yang terluang untuk mencurahkan segala perhatian dan kasih sayang kepada keluarga khususnya pasangan hidup masing-masing. Pertahankan kesetiaan, gandakan kasih sayang dan berkongsi apa sahaja dalam kehidupan yang ada sehingga nafas terakhir.

Mengundur diri, sepatah kata buat renungan bersama. Jika seorang isteri mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi suami, segeralah menghampiri dan membantunya supaya hatinya menjadi senang dan bebannya menjadi ringan. Kiranya itulah yang dilakukan setiap isteri, pasti suami merasakan bahawa di rumahnya ada sebutir batu permata yang amat berharga, bahkan lebih berharga daripada seluruh permata yang ada di dunia ini.

Salam
- NORMALA HAMZAH
(kaknor@utusan.com.my)

4 Orang Mengetuk KeyBoard:

anysz sengalnerdz said... Best Blogger Tips

alamak cte org kawen la..

ni akak kasih la ni wat virus~

ala betul ke isteri cmnie sebab nk jga kebajikan suami?

mcm queen kontrol je*larikkk

Ecah said... Best Blogger Tips

weeeiii anysz!!!x sume pompuan yg bperangai begitu queen kontrol ye.. *ckp sambil cekak pinggang... *matila.. ade ke kasih disalahkan.. nak kena sumpit tau ini budak..

KaSiH said... Best Blogger Tips

anis..asal cite kawin je ada ko ek...

Malim said... Best Blogger Tips

ampunnnn... hari jumaatt ecah berleter... *sambil lari tekup telingaa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...