Friday, November 28, 2008

Rindu...

Hmmmm… Camne nak cakap ek… ape motip entry kali ni.. Rindu???? Rindu apakah?? Rindu siapakah???? Hehehehe.. mesti korang ingat aku rindu kat seseorang kan.. owh!!! TIDAK!!.... bukan kat orang ye.. Aku sebenarnya rindu aktiviti luar.. uwaaaaaaa!!!! Minggu depan member2 aku nak gi Gua Tempurung, Kuala Woh… Hmmmm.. terpaksa la aku memendam rasa sat.. aku takleh join durang wat aktiviti luar wat sementara waktu.. sementara waktu??? Atau selepas ini tiada lagi aktiviti luar??? Uwaaaaa!!! TIDAK!!!!.. sob..sob..sob… Ape motip menangis dan melalak hari ni… hehehehehehe.. ish!!ish!!ish!! dah ko kenapa cah!! Rindu la.. tengok gambar2 la camni.. yezzzaaaa.. gegambar aktiviti luar… Rindu!!!

Masa ni gi Bukit Tabur.. Bawah tu Empangan Klang..


Dalam pada dok manjat.. sempat lagi posing kan..


Yang ni Masa gi Gunung Angsi.. On the way.. lalu sungai..


Tu.. sebelah gunung Angsi.. Xpasti lak bukit ke gunung..

Eh..Eh.. Ape ko wat tu Cah!!


Ni masa gi Gunung Ayam.. Sebelahkiri tu Air Terjun Jelawang.. Yg sebelah kanan tu dalam gua..

Masa ni kat Kem Baha.. Guide bagi pegang Kala Jengking..

Da sampai puncak Gunung Ayam.. Yang depan skali tu guide.. Jani nama dia.. Sape nak berkenalan leh.. aku bagi contact number ye.. hahahahaha..

Ni masa on the way ke Gunung Bunga Buah... Tempat nuri terhempas.. Kita org pegi sebulan lepas nuri terhempas..

Puncak Gunung Bunga Buah.. Antara yang sampai awal la..


Masak memasak memang koje aku kalo naik gunung.. ekekekeke..

Ni masa gi Gunung Kinabalu... On the way ke Laban Rata..

Aku ngan Shafini.. Singgah berehat..

Masa ni lagi 2km nak sampai Laban Rata.. Hujan la plak..

Masa kat Laban Rata..

Kat puncak Gunung Kinabalu.. Low Peak's..



Yeah!!! terima kasih kepada penaja pakaian.. Hahahahaha.. *motip apekah..

Nak balik dari Laban Rata ke Timpohon..

Tu la antara gambar yang ade dalam simpanan aku.. ade lagi gunung2 lain yang aku gi.. tapi gambar2 nyer tak dpt diselamatkan.. hiks!! Ape2 pun aku RINDU!!!!!!!

Wednesday, November 26, 2008

Konvoi Gi Kenduri..

Sebenarnya entry ni hari isnin lagi aku da wat.. tp network kat sini vengong..xleh nak upload gambo.. so.. aku publish hari ye... kelewatan... Hiks!!

Hari sabtu lepas aku gi kenduri kawen budak opis aku.. Haryani + Md Fuad.. 2-2 ni budak opis aku.. Kenduri yang aku pegi ni sebelah pompuan.. Kat Felda Soeharto, Kuala Selangor.... kali ni pi kenduri kawen secara berkonvoi ye.. dah lama tak berkonvoi ni.. seronok!!! seawal kul 10 pg lagi aku dah terpacak kat tempat yang dijanjikan.. tapi ye la kan.. janji MELAYU.. memasing dekat kul 11 baru tercangak2 sampai.. kul 11 baru le bertolak.. ish!! panas kowang tau dak!!! kesian kat bebudak kecik.. *kesian kat aku gak yg tunggu kowang skit nyer lama.. dush!!dush!!dush!!..

Seme skali yang berkonvoi 11 kete ye.. x sangka lak ramai yang nak ikut.. aku mmg suka berkonvoi ni.. last ikut abang2 aku berkonvoi masa gi kenduri kawen member abang aku.. lama dah!! tahun lepas.. ekekekeke...


Masa ni tgh menunggu orang2 yang belum sampai.. kesian kat budak kecik tu *kat aku gak

Barisan kete di depan kete aku..


Barisan kete di belakang kete aku..


Seronok nyer la jalan nak ke Felda Soeharto ni.. Hijau!!!


Damai je rasa kan.. Lagi pun jalan ni bersih je aku tgk..


See.. lagi 12km nak sampai Soeharto ye!!


Akhirnya.. sampai juga ke tempat yang di tuju..


Antara yang turut hadir.. hehehehe..


Tadaaaa!!!... Ni la pengantin pompuan nyer..


En. Azoo bersama ngan kuih karas… Sedap!!!


Aku ngan bro Syamlan.. bersama kepek tiram.. eh..* kepek ke kuih yer..


Pengantin pompuan ni memang pantang nampak camera… hehehehe..


Sessi gossip mak andam pengantin.. ahaks!!

See.. memang pantang nampak camera kan.. hahahaha.. masa sampai kat kenduri dia.. belum buka mulut lagi nak cakap dia cantik dia boleh cakap dulu.. *takpe2 aku tau korang nak cakap aku cantik kan.. aku memang cantik.. hahahaha.. aku suka berkawan ngan dia ni.. happy jer..

Aku yang memang suke bebudak.. sempat lagi posing ngan anak owang.. keh keh keh..

Pengantin lelaki dan pompuan..

Apa2 pun memang seronok gi kenduri secara berkonvoi ni kan!! Bila la agaknyer nak berkonvoi lagi.. Tunggu kenduri Kasih la plak… hahahahahahaha…

Friday, November 21, 2008

Jumaat Datang Lagi..

Ceh!! Kemain lagi tajuk entry.. tetiba teringat iklan TORA.. keh!! keh!! keh!! TORA DATANG LAGI!!!.. best nyer la kan masa zaman kekecik dulu.. takyah pikir ape pun.. lantak ko la nak wat ape.. yang penting... dunia ini ana yg punya.. ekekeke.. ape la yg aku melalutkan pagi2 ni.. kenapa ko cah!!!.. Hari ni dah jumaat.. sok dah coti.. budak2 skolah pun da mula coti.. maka dengan ittteeewwww.. akan berkumpul la segala power rangers, otromen, superman, supergirl, spicegirl, batman dan kaum yang seangkatan dengan nyer.. atau pun dengan erti kata lain.. kesemua 12 orang anak sedara aku akan balik umah mak pak aku.. dan seperti biasa dan juga seperti tahun2 sudah.. akan ade hari dimana hampir semua dari mereka akan bertandang ke rumah aku .. korang tau ape maksud nyer ittteewww.. ya tuan2 dan puan2.. rumah ku bakal menjadi kapal titanic.. bakal karam kerana kehadiran superhero itttteeewwww.... adeh!!!..

Xpe2.. udah begitu rutin nyer.. sesi berpoya2 dengan anak sedara... ye!! dan juga *sesi merabak /mengoyak kan poket ku yang da sedia kebocoran.. hehehehe.. Ape2 pun aku happy.. memang semua nya rapat ngan aku.. ye la kan.. aku je sorang dalam family yang lom kawen dan ade keluarga sendiri.. dan aku juga la tempat anak2 sedara aku yang da besar bkongsi cerita.. tempat ngadu nasib pun ye gak..

Tahun ni aku tak plan lagi nak kemana ngan anak sedara aku.. macam tahun2 lepas aku bawak durang makan2 then tgk wayang.... Pastu jenjalan la kat tasik then bawak durang mandi manda.. Teringat kisah tahun lepas.. aku bawak 7 orang anak buah aku skali gi tgk wayang.. Aku sorang.. bawak 7 orang...*PITAMMMM.. yang ikut nyer dr umo 12 tahun sampai la yang kecik umo 3 tahun.. amek ko.. berderet sekali bawak.. seme mata memandang.. aku dulik ape!! ko nak cakap aku kawen mude ke ape ke.. lantak kowang.. keh!!keh!!keh!!.. nak menjaga memasing.. *HAZAB!!! tapi aku suke.. sebab durang wat aku happy.. Ni la antara anak sedara aku yang giler2.. MAKCU SAYANG KAMOOOO!!!! ahaks!!.. *Sok kalo makcu da ade anak sendiri.. Errrr.. kena pikir lain plak yer.. Opppppssss!!!


Sebahagian.. Bergambar ngan pak... Tok durang..


Otromen, superman, batman, power girl, spice girl, power rangers kesayangan ku.. Ahaks!!


Nur Qalbillah Ansara... Senyum ke sengih ni cayang....


Alolololo.. sweet nyer Nur Aqillah makcu ni.. Gelak ape tu cayang..


Tu dia.. kepenatan... maka itttewww.. ketiduran..


Nur Salsabillah... Kalo balik sentiasa berkepit ngan aku.. Walaupun da besau panjang.. Hiks!!


Yang durang ni memang pantang nampak camera.. Dalillah Nur Amanina ngan Muhammad Dhia Dzulhair.. (Adeh!! nama ko.. name pendek.. Qayyum)


Muhammad Aniq Al- Araf ngan Qayyum.. antara superhero ku yg bakal merabakkan poketku!!..


Yang ni suke berkepit gak ni. ...mak aku kata dia ni ikut perangai aku.. Pantang jumpa kucing.. abes seme dia angkut bawak balik.. hehehehehehe..

Hmmmm.. Yang pasti 7 orang yang da besar tu akan datang.. siap da tipon pun 2hari lepas.. keh..keh..keh.. Siap la ko Cah!!!

Wednesday, November 19, 2008

Sakit Belakang.. Adeh!!

Terpanggil nak cari info pasal sakit belakang.. hehehehe.. gigih mencari maklumat yer.. buat renungan bersama... :)

Diagnosis: Bedah rawatan terakhir rawat sakit belakang

Oleh Hafizah Iszahanid

Kesakitan tulang otot paling kerap dialami, punca masalah lain

SELAIN demam selesema, sakit belakang adalah masalah kesihatan yang kerap dialami kebanyakan orang. Masalah ini dialami antara 30 hingga 60 peratus penduduk dalam setahun.

Tulang belakang dibentuk daripada otot, saraf, tisu lembut selain tulang. Pakar Perunding Ortopedik dan Arthritis, Dr Badrul Shah Badaruddin berkata, apabila seseorang itu mengadu sakit belakang, ia kemungkinan besar disebabkan empat faktor, tulang otot (musculoskeletal), buah pinggang dan saluran kencing, usus dan masalah sakit puan.

“Antara empat faktor ini, masalah sakit belakang berkaitan tulang otot paling kerap dialami,” katanya.

Sakit belakang berkaitan tulang otot pula jelas Dr Badrul lazimnya merujuk pada bahagian bawah atau ‘low backache’. Ini disebabkan tulang belakang bahagian atas jarang menimbulkan masalah kerana bahagian ini distabilkan tulang rusuk yang ‘melekat’ pada tulang vetebra atas.

Tulang bahagian bawah pula menanggung hampir semua beban dan tekanan tubuh. Ia juga berperanan menghubungkan bahagian atas dan bawah tubuh.

Tulang belakang bawah terdiri daripada tulang vetebra lumbar 1 (L1) hingga lumbar 5 (L5) dan sacrum 1 (S1) hingga sacrum 3 (S3).

Di antara tulang vetebra ini ada satu lapisan tisu dipanggil dis atau “intervetebral disc”. Tulang vetebra ini juga berhubung antara satu sama lain dengan sendi yang dipanggil sendi permukaan (facet joint).

Kebanyakan sakit bahagian bawah tulang belakang terjadi disebabkan kombinasi faktor kekejangan otot, kecederaan otot, ligamen, dis dan terlebih penggunaan.

Ramai pakar perubatan percaya ketegangan otot boleh membawa kepada ketidakseimbangan struktur tulang belakang secara keseluruhannya. Ia kemudian membawa tekanan kepada otot, ligamen, tulang dan dis. Keadaan ini menyebabkan kecederaan atau kecederaan berulang.

Faktor menyebabkan kesakitan di bahagian bawah tulang belakang selalunya saling berkait. Misalnya jika otot kejang, anda akan berjalan dengan cara lain bagi mengurangkan kesakitan atau menggunakan otot yang tidak sakit. Tapi sebenarnya, tindakan itu menyebabkan otot lain pula kejang atau cedera.

Tetapi secara lebih terperinci, Dr Badrul berkata, selain kekejangan otot sakit bahagian bawah tulang belakang boleh juga disebabkan disc terkeluar (slipped disc atau prolapsed intevetebral disc (PID) dan stenosis spinal (laluan tulang belakang yang sempit) akibat sendi permukaan (facet joint) yang membengkak dan arthritis di sekitar tulang.

Disc terkeluar (slipped disc)

Apabila disc terkeluar, berlaku himpitan kepada akar saraf (nerve roots) di sekitar tulang vetebra. Ia menyebabkan rasa sakit atau kebas dari hujung saraf iaitu di tapak kaki, kaki, betis, paha ataupun pinggul.

Disc terkeluar kerap berlaku kepada mereka yang berumur kurang 55 tahun. Kerap kali ia terjadi selepas seseorang itu mengangkat beban berat, jatuh terduduk ataupun mengalami kemalangan yang membabitkan tulang belakang.

Kesakitan disebabkan disc terkeluar ini boleh datang mengejut berdasarkan kedudukan, sama ada disc itu terkeluar di sebelah kiri atau sebelah kanan.

Disc terkeluar juga boleh menyebabkan kekejangan otot. Kadang kala batuk, bersin atau meneran boleh menambahkan kesakitan atau kekejangan di tulang belakang. Bagi mereka yang mengalami disc terkeluar yang teruk, kesakitan boleh terjadi jika duduk terlalu lama.

Spinal stenosis

Spinal stenosis lebih kerap dialami mereka yang berusia lebih 60 tahun. Ia terjadi apabila ruang di sekitar tulang belakang yang menjadi laluan akar saraf bertambah sempit disebabkan proses arthritis sendi permukaan di sekitar tulang vetebra (degenerative process).

Selain sakit belakang, pesakit spinal stenoisi turut berasa kebas atau sakit selepas melakukan sesuatu aktiviti atau berjalan. Keadaan ini dikenali ‘neurogenic claudication’.

Rawatan

Kata Dr Badrul, slipped disc boleh disahkan dengan Magnetic Resonance Imaging (MRI scan).

Tetapi dalam merawatnya, rehat di katil untuk beberapa hari dan menjalani program fisioterapi sudah mencukupi. Selain itu, ubat anti radang juga dibekalkan bagi mengurangkan kesakitan.

“Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, suntikan steroid melalui epidural boleh dilakukan,” katanya.

Kebanyakan pesakit slipped disc akan pulih dengan rawatan koservatif dalam masa tiga hingga enam minggu.

Dalam rawatan sakit belakang, pembedahan adalah pilihan terakhir. Biasanya ia menjadi penawar kepada kesakitan kronik atau mengalami kesakitan berulang. Begitupun, tidak lebih 10 peratus pesakit slipped disc memerlukan pembedahan.

Begitu juga bagi mereka yang mengalami spinal stenosis. Rawatan konservatif (rehat dan fisioterapi) akan disyorkan.

Pembedahan kata Dr Badrul hanya akan disyorkan jika tiada perubahan selepas tiga bulan rawatan konservatif, bahagian sakit bertambah kebas dan mengalami lemah anggota, sakit di kaki yang kerap dan kualiti hidup menurun.

“Pembedahan merangkumi pembesaran ruang laluan tulang belakang termasuk pembuangan sendi permukaan dan kadang-kadang “fusion” (cantuman) sekiranya berlaku ketidakstabilan selepas ‘laminectomy’ (pembedahan menerusi membran tulang) dilakukan.

Anda perlu tahu

# Kebanyakan sakit bahagian bawah tulang belakang terjadi selama tiga bulan. Tetapi secara keseluruhan, 60 peratus pesakit akan sembuh dalam satu minggu, 90 peratus akan sembuh dalam enam minggu dan 95 peratus akan sembuh dalam 12 minggu.

# Jika bahagian belakang anda pernah tercedera, kemungkinan ia terjadi lagi tetap ada. Selalunya mereka yang sembuh dari sakit bahagian bawah tulang belakang akan mendapati mereka mengalami sakit yang sama kurang setahun. Ada juga yang mengalaminya sekali lagi beberapa tahun kemudian.

# Sakit yang kronik dan berpanjangan membuat anda letih, tidak aktif dan kurang produktif. Ia juga akan menjadi pencetus masalah lain.

Thursday, November 13, 2008

Buah tangan aku..

Kemain lagi si Queen kata ade buah tangan untuk aku.. Skali tengok TAG!! Weii!! aku nak buah tangan bebetul la.. bukan ni.. ke ko nak buah siku aku.. ekekeke... sekeh pale ko Queen.. rasain luuu!!... Tapi sebab mood aku tgh nak relax2 jap kan.. so.. aku jawab gak.. *matila.. TAG yang kasih bg pun aku x jawab lagi.. hiks!!

1. Sudah pukul berapa sekarang?

Pukul 9.20 pagi

2. Apa mood sekarang?
Pale otak tengah vengong.. Errr.. Mood relax dr keje..

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
Minum Milo panas!! Sedap nyer...

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
Nak gi ipoh.. Wat ape?? aku sorang je tau.. hahahaha

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
Weiii!! Keje la.. Tengok cite mende.. Eh.. kalo cuti kan.. rasa nak pi tengok Madagascar 2 je.. We like to move it!! Move it!! ekekekeke..

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
Biasanyer time2 camni pak aku dah kat kebun.. Tp mak aku still lena diulit mimpi.. Biasa la.. mak aku ni makan ubat.. So kena banyak rehat..

7. Apakah waktu makan sekarang?
Pagi tadi dah mencekik.. Tunggu lunch la..

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
Pokcik aku.. hehehehe..

9. Dan Dia/Mereka sedang buat apa sekarang?
Tgh study dalam kelas la.. Mana leh kaco... Ade kena tembak nanti.. hahahaha..

10. Macam mana cuaca sekarang?
Sejuk la kat sini..

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
Shopping... Kawen.. Gi Mekah... muehehehe

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
Sape rase dia rajin nak bagi aku souvenir.. Sila la bagi ye.. :p

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
Rasa nak relax lagi..

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
9.30..

15. Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
Aku tak suka yang ni.. aku malas nak tag2 owang ni.. leh kan.. aku jawab.. aku nyer suke la.. korang dulik ape kan.. muehehehehehe..

Mengisi Masa Katanyer... (^_^)

Aku kalo ada masa lapang biasa nyer aku akan main2 ngan kucing2 kesayangan aku seme la.. all my sweet heart.. sayang seme!!... kucing aku kat umah pun da 10 ekor.. hahahaha.. bapak nyer banyak... tak sangka lak.. dalam aku dok kutip2 kucing ni.. dah jadi 10 ekor dah.. tapi takpe.. aku suke.. at least takde la durang seme terbiar kan.. kena sepak terajang kan.. kena simbah air panas kan.. Aku paling tak suka orang yang tak suka kucing tp dera kucing.. dah la ko tak suka.. yang ko pi dera pasal.. kucing pun nak idup gak weiii!!.. Kalo dah tak suka tu.. ko halau2 je la jangan bagi dekat.. ni tak.. siap simbah air panas segala.. Mati la ko kena sumpah ngan kucing tu nanti.. Kalo ko baca blog aku nasib la kan.. Sape orang tu???.. aku sendiri je yang tau.. Eh!! tetiba emo lak aku.. hiks!! Ok2.. sambung bab masa lapang...

Kalo aku tak main2 ngan kucing aku.. ape aku buat??? hahahahaha.. aku pun suka baca novel, majalah.. seme aku rembat.. asalkan aku leh baca.. dulu banyak gak koleksi novel aku.. tp banyak gak yang dah kusedekahkan kat sepupu2 aku.. kalo aku dah xde buku atau majalah nak baca.. aku akan main game... Yeah!!! aku main game... Bukan kekanak je main game ye.. Aku yang x brape cukup umur ni pun main gak!!! ehehehe *matila.. x cukup umur kata nyer..


Apa ade dalam bekas ni... Alah korang leh agak kan...


Tadaaaa!!! Ini la rete aku.. Peneman aku kalo xde koje nak wat.. My PSP..


Antara game yang aku suka main...



Kill!! Kill!! Kill!!... Die!! Die!! Die!!.. hahahaha..


Yang ni plak.. Terbang di awan biru.. chewah!!*sesuatu kah??


Nampak itu player data.. muehehehehe...


Ni salah satu jet pejuang aku.. dalam game ni ye.. hahahahah..*matila


Yang ni.. Main Police Entry... hahaha.. Police!!! put your hands up... *matila siap ingat skrip.. hahahahah..

Ha.. itu la peneman aku di kala aku xde koje.. takpun kalo aku malas nak dengar mak aku membebel.. *atau dengar kasih membebel... kalo aku dalam komuter.. dan peneman sebelum aku tido.. korang seme yang pompuan kalo tido ngan bebear kan.. aku tidak!!!.. aku tido ngan PSP aku.. hahahaha.. matila.. xde ciri2 kewanitaan sungguh!!.. eh perlu ke ade bebear kalo nak tido.. sok kalo dah ade laki.. korang nak plok bebear ke korang nak plok laki korang.. hahahaha.. *matila tetiba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...