Friday, November 7, 2008

Cara Mandikan Baby (^_^)

Hahahahahahaha.. Mesti korang terkejut ngan entry aku hari ni kan.. Yela.. tetiba x pasal2 wat entry cara mandikan baby.. Kawen pun lom lagi.. Hahahaha.. Tapi jangan pandang aku sebelah mata occay!! Aku ade pengalaman jaga 5 dari 12 anak buah aku.. Dari mak durang dalam pantang sampai abes pantang occay!! *matila tetiba..

Aku bukan ape... tetiba rasa cam nak kongsi benda ni bila aku tengok ramai kengkawan aku yang tengah sarat mengandung.. dan kebanyakan nye 1st baby durang.. so aku mencari la maklumat ape yang patut dan aku jumpa la pasal mandikan baby ni.. Just nak kongsi ngan semua pembaca :)

Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?


KEPADA pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata, terlalu banyak perkara dan persediaan yang perlu dilakukan. Bermula daripada barangan bayi, bilik, kos rawatan, makanan dan sebagainya.

Sebaik si ibu selamat melahirkan anak, maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri.

"Kebanyakan individu yang pertama kali bergelar ibu bapa, berasa cemas dan kelam-kabut dalam menguruskan bayi. Ini termasuklah cara penyusuan, menukar lampin dan memandikan bayi.

"Jika diperhatikan, ibu lebih berasa selesa dan selamat sekiranya orang lebih dewasa yang memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali pusat bayi masih belum tanggal," jelas Jururawat Kaunselor Penyusuan Susu Ibu, Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Norhayati Ahmad.

Tambah Norhayati, 44, yang berkhidmat selama dua dekad di pusat perubatan tersebut, antara tujuan utama membersihkan bayi adalah untuk memberi keselesaan, ketenangan dan mengelak kan g infeksi.

Proses mandian perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. Mengapa? Ia bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi melecur.

Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.

"Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan.

"Jangan memandang remah tentang proses mandian bayi. Selain menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa sejuk.

"Bukan itu sahaja, waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang," jelas beliau.

Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.

Langkah pertama *

Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.

KEPIT telinga bayi supaya tidak dimasuki air ketika mencuci di kepala.

Langkah kedua *
Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.

SIKAT rambut bayi untuk menanggalkan sebarang lendir.

Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.

* Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.

Langkah ketiga*

* Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.
SEMASA mandi jangan lupa bersihkan di bahagian lipatan leher, paha dan ketiak.

Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.

Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.


LAP badan bayi sehingga kering.

Langkah keempat *
Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.

BERHATI-HATI ketika memakaikan baju si kecil.

* Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.

Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.


JIKA tali pusat masih belum tertanggal jangan lekatkan lampin terlalu ketat.

Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian

12 Orang Mengetuk KeyBoard:

[ Hanie ] said... Best Blogger Tips

halalala...anak sape ni eyh :D Wahh ilmu yg bagus ni...psstt dah tingin nak ade anak eh cik ecah? :D

Ecah said... Best Blogger Tips

hanieFD: hahahahaha.. aku memang suke kekanak ni.. memang la teringin.. sape xnak anak weeiii.. ngeee..ngeeee..

[yAN!e][pUTraJAya] said... Best Blogger Tips

haip kanda...

ada aper2 kah ini..
cara memandikan baby....

rasa2 mcm dah tak lama lagi jer nak cakpong...cakpong nih

ahhahha

@yue said... Best Blogger Tips

walahh weii...very da berry gud infooo...

nt akk banak ko jagekn ank aku eh cah *larikkk

Janggeltrekker said... Best Blogger Tips

Erk....cara memandikan bayi??? motif**

Ecah said... Best Blogger Tips

yanie : weiii!! memang suke baby arrr!! ader rezeki insyaALLAH.. AMINNNNN!!! masin mulut mu itttewww dinda ku yanie cik burger..

Ecah said... Best Blogger Tips

@yue : yezzzaaa!! berry da gud info one lorr!! hahahaha!! ko branak.. ko jaga anak ko sendirik arrr!! wekkk!!!

Ecah said... Best Blogger Tips

janggel : tiada ape2 motif yer(*sambil bercakap dengan muke siyes) ko jgn nak speku lelebih yer.. wakakakaka... *tetiba...

cikgu jawe said... Best Blogger Tips

lalalalalala.. ehehehe.. ckp byk2 kang kena sepak pula. hehe

awat haa periksa kehangatan air guna siku? jari tak tepat ke?.. hehe

Ecah said... Best Blogger Tips

cj : amboi kemain!! senang hati yek!! itu bukan cah yg suh yer.. itu nurse yg soh.. pi la tanya nurse.. hehehehe

cikgu jawe said... Best Blogger Tips

ecah!. bila nk abes pantang bersalin nih. hehe.. apdet le blog. malas eh. rotan kang!!.

kakakakaka..!

Ecah said... Best Blogger Tips

CJ : hahahaha.. masih dalam pantang lagi ni Cj.. tunggu!!! mueheheheh :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...