Friday, January 30, 2009

Cuti..cuti..cuti..

Uiks!!! bersawang dah umah aku ni.. hish!! ape la anak dara sorang ni.. pemalas rajin tul.. haiippppp!!! aku tak malas la... cuma tak berapa nak rajin je 1-2 menjak ni.. takpe2 sila abaikan.. disebabkan atas permintaan ramai pembaca blog ni.. sila abaikan.. hahahaha.. aku pun memalas merajin kan diri aku menulis la skit2.. skit je tau.. tak byk.. ahaks!!

Raya cina yang lepas aku tak wat byk mende pun.. sabtu pagi baru aku balik PD.. biasa la kan.. sebelum balik PD harus la aku kemas ape yg patut umah aku tu.. sbb aku tau.. nanti umah aku bakal bersepah balik.. karam weiii!! sebab ape.. sebab aku tinggal kan anak2 berbulu aku kat dlm umah.. so.. pepaham la kan.. barang2 tak berkaitan yang agak2 boleh di kerjakan dek anak2 berbulu aku tu… harus la di simpan sebaik mungkin kan.. sediakan tempat poo ngan pee during dlm toilet.. sediakan makanan dan minuman durang secukup mungkin.. sian anak2 berbulu aku ni.. selalu kena tinggal2 kat umah.. takpe.. ade masa nanti mummy bwk cayang jln2 nek kete ye… dah lama aku tak bawak kucing aku jenjalan.. dulu rajin la.. sekarang ni dah tak brape rajin.. sian kat anak2 berbulu aku tu.. hehehehe.. teringat kalo dulu rajin bawak during jalan2 naik kete.. memasing ade port sendiri.. hehehehe.. pandai anak2 mak bawak diri kan.. hehehe..


Pandai duk dendiam kan.. ni masa babybugs ngan asafa umur 4 bulan.. memang suka duk kat sit depan kalo aku bawak gi jenjalan..


Sampai kat PD mak aku ajak gi umah orang kawen kat taman umah aku tu.. dengan rasa rendah diri nyer aku ckp.. “takpe la mak.. mak gi je la.. induk baru sampai ni.. nak rehat jap.. mak kem salam je la kat pengantin tu” hahaha.. MOTIP tak nak gi umah kenduri kawen.. tak koser nak dengar makcik2 kat situ membebel kan aku yang lom kawen ni.. tak koser nak layan soklan2 terbabit yer.. tak sehsuai occay!!..ok stop disitu.. titik.. petang tu abang long ngan family sampai umah mak.. yipppeeee!!! beg gantung aku balik la… tapi dia demam.. sian tgk dia.. keluar je dr kete.. nampak aku terus terkinja2 mintak didukung.. hamek ko!!! anak sape.. anak mak la… beg gantung kan.. panas tul badan nyer.. ummi dia ckp dah bawak gi klinik tp tak elok lg.. mana nak elok cayang oiii!! makan ubat skit nyer la susah.. biasa la kan.. budak!!


Sepanjang petang bawak ke malam mintak aku dukung.. *PITAMMMM.. tak leh nak wat keje lain dah aku.. malam tu pun tido ngan aku.. tp takpe.. anak sape.. anak mak la… hehehe… memang sepanjang kat umah mak.. dia tido ngan aku je.. senang ummi dia.. tak yah nak layan kerenah dia sgt.. heheheh.. takpe2.. sementara dia nak ngan aku kan.. layan kan aje.. tapi ntah la.. dalam ramai2 anak buah aku ni.. memang la dia sorang ni penyejuk hati aku.. bukan la aku tak sayang seme.. seme anak buah.. aku sayang.. tp ngan Aqilla ni aku lain skit.. same la ngan abg askoke aku tu.. ngan Aqilla gak yang dia lebih.. hari sabtu aqilla sampai kat umah.. aku tipon abg askoke bagi tau Aqilla ade kat umah.. tp demam.. hmmm.. tak sampai 1 jam dah terpacul kat umah mak.. sebab semata2 nak tengok Aqilla.. cess!! bukan nak tengok aku.. motip cemburu.. abaikan.. hahaha.. tapi tu la.. mak aku pun sama.. dia cakap Aqilla ni lain dari yang lain.. memang kalo ape2 pun mak aku akan lebih kan dia.. tapi ayah aku plak tak..cucu kesayangan dia anak abg lang aku.. Dalilla.. heheheh..


Ni la Dalilla.. cucu kesayangan pak aku..


Ahad plak mak aku ajak gi kenduri kawen kat teluk kemang.. kali ni aku ikut.. aku bawak aqilla sekali.. hehehe.. senang keje aku.. balik umah.. tak wat ape pun.. melayan kerenah aqilla je la sepanjang hari.. sambil2 melayan anak2 buah aku yg berebut main PSP aku.. hiks!!


Dah siap nak ikut pi kenduri.. tp muncung.. tu dia.. buleh ditanjul..


Muka sedeh je anak aku sorang ni..


Ni nak nanges ke.. nak gelak ni cayang oii.. hehehehe..


Senin tu pulak mak ajak gi umah abg chik.. tengok baby baru lahir.. abg long pun ikut skali.. tp sebelum tu aku gi umah abg ngah dulu.. gi amek anak buah aku naim ngan ajim.. abg ngah ngan kak ngah aku pun join skali… pastu gi umah abg teh aku plak.. makan tengah hari dulu kat situ.. layan tgk ulangan AJL.. pastu baru seme same2 gerak gi umah abg chik aku.. dah macam beraya dah gamak nyer… tapi betul la kan.. raya cina.. heheheh.. sampai je kat umah abg chik.. seme duk kerumun baby baru.. baby boy.. tapi nama.. kemain la panjang.. Muhammad Hussein Ali Hanafiah.. tu dia… lantak ko la abg.. sok susah anak ko nak amek peksa.. abes masa kat tempat ngisi nama je la.. hehehe… ala.. terlupa nak amek gambar baby.. dah ramai yg berkerumunkat dia.. sampai malam dok melepak kat umah abg chik aku.. dekat kul 10 baru balik.. sbb dah lewat balik kan.. memasing dah lapar.. jalan terbaik mengisi perut .. tapau je lauk dr kedai.. abes crite.. lepas makan memasing keletihan.. tapi sorang je tak reti letih.. aqilla.. kul 2 gak baru dia tido.. selasa aku dah blk ke Putrajaya… ikut jln dalam pun jem gak.. tp seb baik kejap je.. sampai umah.. hehehe cam biasa.. umah ku KARAM sudah.. memulakan sesi mengemas umah plak sambil di perhatikan oleh anak2 berbulu yang udah aku masukkan ke sangkar.. eh.. tetiba panjang lak hapdet aku kan.. td ckp nak wat skit jer.. ahaks!!

Thursday, January 15, 2009

Wanita

Aku agak bz minggu ni.. bz ngan keroje yang banyak.. jadi nyer aku nak hapdet pun takde mood jugak.. dengan internet kat sini da jd cam biskut chipsmore.. kejap ade.. kejap takde.. lagi la menambahkan keMALASan aku nak hapdet blog.. errrr.. buleh di kira ke macam tu.. ahaks!! Disebabkan aku tak nak menghampakan org2 yg sentiasa dtg baca blog aku.. errrr... ade ke.. sila abaikan.. hiks!! aku gagahkan jugak menulis ni ha.. tp tempelan dr email yg aku dapat.. Buat renungan bersama.. ha.. sila2 la baca yer..

Assalamu'alaikum


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'.. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1... Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :


1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.


Keterangan:


Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."


Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.


Contoh 2


Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."


Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"


(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan

perkataan seperti berikut:


"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:


1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.


Diriwayatkan juga,


Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .


2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.


Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :


"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.


Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.


" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Wednesday, January 7, 2009

Muharam

Terdetik nak berkongsi sama ngan semua orang.. ye la kan.. sekarang kan kita dalam bulan muharam.. so.. marilah bersama membaca..

Petikan ni aku dapat daripada member ofis aku.. aku copy paste je.. :)

Dipetik dari Harian Metro.

Hiasi Muharam dengan amal soleh

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

ALLAH SWT dengan sifat-Nya Maha Pemurah (ar-Rahmah) lagi Maha Penyayang (ar-Rahman) sudah menetapkan sesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding bulan lain agar Dia dapat memberi ganjaran lebih kepada hamba-Nya pada kadar masa tertentu itu.

Antara bulan dianggap istimewa itu ialah Muharam - bulan pertama dalam kalendar Hijrah dan ia juga satu daripada empat bulan haram yang penuh berkat.

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang sudah ditetapkan) di dalam Kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.

"Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu pada bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa." (at-Taubah: 36)


Menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)" menunjukkan pada bulan haram iaitu Muharram satu daripadanya kita dilarang daripada melakukan perbuatan terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah, berbanding bulan lain.

Tetapi bagi mereka yang melakukan amal soleh ganjaran pahalanya adalah lebih tinggi berbanding bulan yang lain.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun, sabda Nabi s.a.w ini memperincikan lagi mengenai nama bulan berkenaan.

"Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban." (Riwayat Imam al-Bukhari)

Oleh itu hendaklah pada bulan Muharam yang mulia ini kita hindarkan diri daripada melakukan amalan yang dilarang dan mempertingkatkan amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah terutama puasa.

Ini kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadan adalah bulan Allah al-Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat malam." (Riwayat Imam Muslim)

Sabda baginda "bulan Allah al-Muharam" menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharam ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharam.

Begitupun, ini tidak bermakna kita disyariatkan untuk berpuasa sepanjang bulan terbabit kerana Rasulullah s.a.w hanya berpuasa sebulan penuh pada Ramadan.


Aisyah r.a berkata: "Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban." (Riwayat Imam al-Bukhari)

Pada Muharam ini juga ada hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s. dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah daripada tentera Firaun.

"Nabi s.a.w datang ke Madinah dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka; ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Firaun. Maka sabda Nabi s.a.w; kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah." (Riwayat Imam al-Bukhari)

Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami amal ibadat khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w adalah ibadat puasa.

Disunatkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari sesudahnya.

Rasulullah s.a.w memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Sabda baginda, maksudnya: "Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)


Kemunculan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasi dengan beberapa amal ibadat tertentu. Upacara terbabit bermula pada hari terakhir Zulhijjah iaitu di ambang menjelangnya 1 Muharam.

Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar. Seterusnya selepas menjelangnya 1 Muharam iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan surah Yasin, zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharam dan berpuasa pada siang harinya.

Sebenarnya semua amalan terbabit atau apa juga amalan sempena tibanya tahun baru Hijrah tidak memiliki dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w. bahkan imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalkannya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharam atau kedatangan tahun baru dengan upacara tertentu.

Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ia hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab iaitu tujuh tahun selepas baginda wafat.

Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara tertentu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga kalangan sahabat serta generasi soleh yang lain.

Adapun hadis dijadikan hujah oleh golongan yang melakukan amalan tertentu sempena kedatangan tahun baru adalah hadis lemah dan palsu, antaranya hadis daripada Ibn Abbas, yang berkata:

"Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia sudah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya 50 tahun."

Menurut Ibnu al-Jauzi di dalam al-Mawdhu'at, hadis berkenaan adalah palsu. Begitu juga dengan satu lagi hadis yang turut dinisbahkan palsu oleh Imam as-Suyuthi di dalam La'aali al-Mashnu'ah, iaitu hadis bermaksud:

"Rasulullah s.a.w bersabda; sesiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharam maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu."

Setiap kali di ambang tahun baru Hijrah, media, jabatan atau pihak pentadbiran agama di Malaysia menganjurkan majlis bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Masjid di seluruh tanah air juga mengadakan upacara khas untuk membaca doa awal dan akhir tahun itu.

Ada sesetengah pihak berpandukan lafaz tertentu bersama kelebihan tersendiri yang dinyatakan dalam buku tertentu. Tetapi pada hakikatnya ada lafaz doa terbabit dan fadilat yang dinyatakan itu tidak pernah tercatit dalam mana-mana kitab hadis.

Menurut Syeikh Jamaluddin al-Qasimi r.h, doa terbabit ialah doa yang direka dan tidak berasal daripada Nabi s.a.w, tidak juga berasal daripada kalangan sahabat, tabiin dan tidak diriwayatkan dalam musnad sehinggakan ia tidak wujud dalam kitab maudhu'at (iaitu kitab yang memuatkan hadis palsu).

Doa terbabit hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Ayat seperti "berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini" (yang dinyatakan pada sesetengah buku doa awal dan akhir tahun) adalah suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.

Tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beritikad seperti yang ada di dalam fadilat yang direka itu, silakan kerana ia termasuk di dalam keumuman doa dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai (untuk membaca doa terbabit).

  • Mohd Yaakub Mohd Yunus adalah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perniagaan, Affin Bank Berhad dan beliau boleh dihubungi menerusi http://akob73.blogspot.com/

  • Tuesday, January 6, 2009

    Caution!!! Furkids On Board..

    Agak lama aku tak hapdet pasal tumbesaran anak2 berbulu yang asyik tido.. makan.. main.. je keje nyer kat umah aku tu.. takpe2.. main.. tido.. makan la sepuas2 nyer.. asalkan korang gemok dan sehat membuatkan hatiku gumbira.. Bila dah besau2 memasing ni.. agak susah jugak nak ambik gambar memasing .. maklum la kan.. dah lama tak tengok camera hp cikai aku ni beraksi depan durang.. hehehehe.. heran kucing2 aku.. ye la.. dah lama tak ambil gambar durang.. hazab!!! yer nak ambik gambar sekor2.. kecuali ade la 2-3 ekor yg maintain cool.. dah biasa kan.. mamarazi nak ambik gambar.. posing2... jangan tak posing.. ahaks!! Maka bermula lah operasi tangkap gambar anak2 berbulu aku malam tadi.. Tapi dalam banyak2 gambar.. si Boy sekor je yang aku tak dapat nak snap gambar dia.. camne aku nak snap.. pantang aku duduk je.. dia dok menggesel pastu melepak kat peha aku.. tak dapat la nak amek gambar kan.. heheheheh.. Sekor yang mengikut perangai Boy tu si Kenchana.. Sebok la dok mengikukt mana aku pergi.. Mulut ko je la yang bising Kenchana oiii... Meh sini layan gambar anak2 berbulu aku.. ahaks!!

    Manja ni memang sentiasa cool.. Aku tangkap gambar dia pun cool.. dia duk kat dalam air bertakung pun cool.. aku vacum carpet pun dia cool.. aku mandikan pun dia tetap maintain cool.. Senang jaga dia ni.. tak banyak kerenah.. TAPI!! kalo dah sampai nakal dia.. Nauzubillah!! Karam umah aku weiii... hehehehe..

    Chelo ni maintain gebu.. mana tak gebu nyer.. asyik melantak je keje dia.. last aku timbang berat dia dah cecah 6kg.. *PITAMMMMM.. kalo makanan kucing aku yang lain tak abes.. dia yang tolong abeskan.. tak ke gebu jadi nyer.. dia ni aku tengok bulu dia makin lama makin panjang.. nak jadi semi long hair gamak nyer.. tang ekor bulu dia makin kembang.. adekah kerana Blackwood... huhuhuhuh....

    Baby ni angin kus2 skit.. kalo mood baik.. abes seme kucing2 aku dia bersihkan bulu.. tapi.. kalo mood tak baik.. jangan la ade yang lalu depan dia.. dan2 kena cakar ngan dia.. tapi dia ni.. sungguh pun ghetu.. baik perilaku.. senang bela.. manja pun ye gak.. hehehehe

    Hahahaha.. ni anak manja aku ni.. masam je la muko ko Baby Bugs.. Ni pun sama.. makin membulatkan diri.. bulu pun dah jadi semi long hair.. aik!! kompius aku.. padahal dia ni domestik short hair je.. dia ni cam biasa la.. kalo nak kuarkan dari cage.. kena dia yang kuar dulu.. kalo masukkan semula dalam cage.. dia yang paling last.. kalo tak.. majuk 40 kurun.. makan tak ape tak.. dok je la menyepi kat ujung cage tu.. sampai la kena pujuk.. adeh!! macam2 ragam la anak berbulu aku ni..

    Dah mude belia anak jantan aku sekor ni.. Si Asafa yang bermata bulat.. hehehe.. Baik dia ni.. susah nak dengar dia ni berbunyi.. suara pun halus je.. aku suka tengok bile dia bulatkan mata dia.. namapk sangat2 chumel!!! TAPI!!! kalo dah sampai angin nakal dia.. karam umah weiii..

    Tiger yang jugak makin membulat.. pun sama gak.. bulu pun dah jadi macam semi long hair.. dia ni suara garau skit dr si Asafa.. nakal dia.. Nauzubillah!!.. tak reti duk diam.. ade je la dia nak buat.. kalo dapt tisu kat dapur aku tu.. habis satu roll dia keje kan.. *PITAMMMM.. tp kalo dtg dia punya manja.. alahai.. cair hati ni..

    Ha!! dah besarkan si Dhelima.. Haiyoohh!! sangat susah yer nak snap gambar dia.. Korang tengok je la gelagat dia.. suka memanjat tingkap.. ni tgh dok rileks kat tingkap.. Perangai adek bradek dia ni pun same je.. ya ampun!! lasak!! nakal dia toksah cakap la.. Kalo dia tiga bradek main.. dari ruang tamu bawak ke dapur aku berlari takde brek...

    Khaseh anak angkat kepada si Kasih... Ahks!!!.. konon2 je la ko kasih!!! Ko sampai sekarang pun tak brani2 lg pegang kucing!! Hehehehe.. Nakal pun leh tahan gak ni.. tapi dia tetap maintain sopan.. ahaks!! tak tau la nape.. antara dia, Dhelima ngan Kenchana.. tetap juga dia di buli.. hahahaha.. ke Khaseh @ Kasih memang stok untuk di buli.. *larikkkkkkk!!!!!

    Hazab la nak amek gambar ko Kenchana.. susah!!! asal nak snap je dia lari duk kat kaki aku.. asal nak snap je hilang.. ni pun sbb ade si Dhelima kat sebelah aku ni.. kalo tak.. tak dapat gak aku nak amek gambar dia ni.. Dia ni pantang aku duk jenguk dia kat cage.. suare dia la paling bising.. ha.. dia ni la yang ikut perangai bapak dia si Boy tu.. Manja kemain.. mana aku pergi sebok mengekor.. Hai!!! Kenchana.. Kenchana..


    Kat bawah ni antra gelagat2 kucing aku yang tengah melepak dan beriadah.. ahaks!!...

    Dhelima yang suka duk kat tingkap.. Aku suka tengok ekor dia..


    Khaseh yang tengah ngendap di Kenchana main.. Suke la tgk ekor dia ni..


    Kenchana ngan Dhelima yang tengah wrestling.. Yehaaaaa!!!


    Mak dara ni pun suka memanjat gak.. Si ekor kontot bernama Baby.. huhuhuhu...


    Khaseh pun suka gak melepak kat tingkap..


    Tu dia!! Adek bradek sepusat sepusing dok melepak kat tingkap.. seboleh2 nak melepak gak..

    Ape pandang2.. Ape!! tak penah tengok aku melepak ape.. Nak melepak pun tak senang.. ko gi la melepak sana...


    Kecoh la lu brade!! sukati aku la nak pandang.. Aku ade mata.. Kerek la lu..


    Ape la brader tu.. dah la posing tak sopan.. tengok gua posing .. sopan santun berbudi bahasa lagi.. :p


    Masa ni Kenchana tengah tunggu aku depan pintu bilik.. pintu bilik aku kuak kan skit untuk snap gambar ni.. Kenchana ni pantang aku buka pintu bilik.. laju je dia masuk.. Dia je sekor yang brani masuk pun.. Dalam bilik aku kawasan larangan.. mana leh masuk.. Tu yang gigih menunggu depan pintu tu.. hehehehehe..

    Monday, January 5, 2009

    Blackwood Party... Cute Fish Spa

    Semalam aku gi party Blackwood *(jenama makanan kucing aku).. ye la.. tiap2 bulan aku beli 12kg Blackwood untuk 10 ekor kucing aku.. tp bulan ni aku beli lebih skit.. aku beli 17kg.. sebab nyer.. kucing aku makin kuat melantak.. *PITAMMMM.. kita org ade group yg beli makanan kucing secara pukal.. so dpt la murah skit.. ok la kan.. memandangkan aku kena memberi suap 10 mulut kucing aku yang tau makan.. tido.. main.. makan.. tido main.. pastu membuang isi perut.. *ayat sopan skit.. ahaks!! so.. agak berbaloi la rege makanan itteeewww.. lama gak aku melepak kat umah kak nurul a.k.a felix the cat tu.. dr kul 12.30 sampai kul 3.00 gak la.. sbb ramai yang datangkan.. dah leka berborak sambil main2 ngan kucing.. jadi tak sedar la masa berlalu.. Balik dari umah kak nurul aku terus gi JJ Equine.. konon nyer nak mencari bekas tambahan untuk makanan kucing aku.. tapi takde yang berkenan.. so.. ape yang aku wat.. aku singgah kat Fish Spa.. saje gatal... relax kata nyer.. ahaks!!


    Masuk2 je kaki terus kena serbu..


    Errr... geli weiii!! tapi tahan je la..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...