Tuesday, February 24, 2009

Ape nak jadi

Tadi baca paper.. terbaca kisah ni.. semalam lagi dah kuar berita ni.. adoiii... ape la ade pada budak umur setahun.. mana pegi otak oiiii!!! letak kat kepala lutut ape.. grrrrr!!!!!

Ibu bapa bayi dicabul beri keterangan

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Ibu bapa kepada seorang bayi perempuan yang dipercayai dicabul, dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kedua-dua mereka yang berusia lingkungan 20-an hadir di IPK itu kira-kira pukul 10 pagi bersama Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng sebagai peguam mereka.

Menurut Lip Eng, polis telah merakamkan keterangan mereka dan keluarga pengasuh terbabit.

''Saya tidak tahu bila polis akan mengambil keterangan pengasuh terbabit,'' katanya ketika ditemui di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai telah dicabul.

Suspek telah memasukkan 'sesuatu' ke dalam kemaluan bayi itu demi memuaskan nafsunya.

Kejadian tersebut terbongkar apabila ibu bayi malang itu mengesan darah pada kemaluan anaknya semasa menukar lampin pada 18 Februari lalu.

Ibu mangsa terkejut apabila mendapati kemaluan anaknya tiba-tiba mengeluarkan darah dan terus membawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan anaknya dimasukkan dengan sesuatu 'benda' seperti pensil atau jari lebih tiga kali.

Menurut Lip Eng, polis juga memberitahu akan menghubungi ibu bapa mangsa jika suspek berjaya ditangkap.

Sementara itu, ibu bapa bayi terbabit keluar dari IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 petang setelah tiga jam diambil keterangan.

Ibu bayi terbabit yang hanya dikenali sebagai Liew, tidak mahu mengulas mengenai keterangan yang diambil kerana bimbang ia mengganggu siasatan polis.

Ditanya mengenai keadaan anaknya, wanita itu berkata, bayinya kurang sihat dan kini berada dalam jagaan ibu mertuanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan polis mengambil keterangan ibu bapa mangsa hari ini.

5 Orang Mengetuk KeyBoard:

[yAN!e][pUTraJAya] said... Best Blogger Tips

SETAHUNNNNNNNNNNNNNN....?

tetiba teringat anak fruit ku AKMAL DANISH yg berusia setahun...

hu hu hu...aji gilo arr...
budak setahun pun nak jadi bahan..

buang tebiat sungguh....zaman skang nih...dunia nak terbalik dah agak nyer...

haihhhhhhhhhhhhh.....baik cari anak ayam jer yg usia setahun...

tak gitue MAK HAYAM..?

meuehhehheh

♥Yanie Putrajaya♥
*********************************

CJ said... Best Blogger Tips

erk!. aku terkedu.

Ecah said... Best Blogger Tips

yanie : mmg gila.. yang buat nyer salah sorg dr anak pengasuh umo sorang 26 sorang lg 21.. grrrrr!!!

Ecah said... Best Blogger Tips

cJ : terkedu ye.. tidak terucap dgn kata2..

fiza said... Best Blogger Tips

takde perikemanusiaan lansung...:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...