Tuesday, October 26, 2010

Puteri Bersiram


Motip tajuk?? heheheh.. saspen la sangat kan.. kehmain lagi memasing kan.. speku la tu.. ok2.. ape motip cik esah tulis tajuk terbabet.. begini kisahnya.. Minggu yang sudah.. cik esah memandikan hero dan heroin cik esah.. masa untuk bersiram daa.. so.... bila da bersiram tu.. harusla snap2 gambar seme kan.. harus la interprem kan.. ghetu kekdahnya.. ok2.. sila la lihat aksi2 sikecik dan debab kat umah cik esah ni.. Selamat menonton!!

BOBOK : Mama.. BOBOK xnak mandi boleh tak.. BOBOK  malas la.. 
Mama : Tak boleh!! Kamoo mesti mandi.. baru kamoo wangi.. 
BOBOK : Ye la.. ye la.. Bobok mandi..
BRAVO, CHARLIE dan ALFA.. Selepas dimandikan..
JULIET dan BRAVO..
Lepas mandi dak BOBOK ni terus cari bantal ni.. Bantal kesukaannya..
See.. sampai tertido kat bantal tu
Alaaaa.. Kaco la Uncle Charlie ni.. Bobok nak tido tau! SHohh!! Shohh!!
See my sexy pose =)

Antie Alfa pun nak tiru Bobok gak.. Landing Time  =)

Tuesday, October 19, 2010

.:: Makan2.. Ternampak mahkluk ini.. Comel!! ::.

Tak ingat hari ape.. tapi yang pasti.. masa tu gi makan kat senawang.. Kat kedai nasi lemak favourite cik esah... Kalo balik senawang, di situ la cik esah akan melepak pekena nasi lemak.. Pakcik dikedai tu memang peramah.. peramah yang amat.. suka ajak berborak.. tengah2 makan.. ade la sekor makhluk ni yang bagi pandangan cik esah memang comel.. . x kira!! korang kata x comel lantak la.. tapi bagi cik esah.. beliau sgt comel!!makhluk terbabet duk menunggu bawah meja.. alahai.. sian kamoo sayang.. lapar barangkali.. cik esah beri ayam goreng yang ada di pinggan.. memang kamoo sangat lapar.. dengan kelahap kamoo makan yer.. last2.. seme ayam cik esah bagi kat dia.. Ni la dia makhluk terbabet!!.. suka tengok mata bulat dia.. Pinjam boley?? =)


Mata kamoo yang boolat!! Cair hati cik esah..
Tak dapat nak bawa kamoo pulang sayang.. Skrg Kuota dirumah sudah penuh... Nanti kita jumpa lagi yer.. =)


Friday, October 15, 2010

Sunnah dan kesilapan di hari Jumaat

Hari ni hari jumaat kan.. so rasa cam nak berkongsi ape yang patut.. Tetiba tukar mode.. mode setazah dah dtg... hahahaha... OPppsss!! setazah xde gelak sakan camtu hokey!! ok2.. ni yang cik esah nak kongsikan.. selamat membaca.. dan selamat beramal.. =)

Hari Jumaat, Hari MuliaSabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )

Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)

2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)

3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Sahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)

Kesilapan-Kesilapan di hari Jumaat.1)-Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)

2)-Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Sahih, Abu Daud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)

3)-Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Sahih, Muslim:439)

4)-Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Sahih, Muslim:857)

5)-Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Sahih, Muslim:875)

6)-Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

7)-Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Sahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8)- Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, disahihkan oleh al-Albani) 

Petikan daripada email yang cik esah dapat :)

Monday, October 4, 2010

Entri Bergambar.. Gambar sajork!!

Bila ade waktu terluang cik esah akan berjalan2 ditemani kawan setia cik esah.. iaitu Cik Canon dan Abg Nikon.. Ikut mana yang dan capai la.. Asal ade je rasa nak snap.. maka dengan pantasnya Cik atau Abg terbabet akan cik esah keluarkan. hehehe.. Ni la gegambar nyer.. :)
 












 

Thursday, September 30, 2010

Hero dan Heroin Hatiku =)

Seperti yang dijanjikan.. cik esah nak menghapdate pasal kucing2 cik esah.. dulu ade 7.. tapi setelah pemergian TANGO kesayangan.. tinggal 6 saje dirumah skrg.. Hero dan Heroin cik esah adalah mereka2 terbabet =)

Nama saya CHARLIE. 
Nama saya ALFA
Nama saya BRAVO..

Nama saya JULIET.. Mama pangey saya mummy vouge =)
Nama saya BOBOK.. Why? Sbb saya lebih besar dari adik saya =)

Nama saya LULU.. mama pangey saya LULU sbb saya pemalu
Miss this guy so much!! My dear love TANGO a.k.a My Labu Sayung.. Mama miss u so much!!
ALFA and CHARLIE in action.. Disini la mereka suka melepak sekiranya keluar dari bilik.. Jauh dari hiruk pikuk di bawah katanya.. hehehehe

See.. CHARLIE dan ALFA.. mereka ini dulu sangat kurus masa mula2 cik esah jumpa..
Minah yang sangat pemalu.. Sebab tu bg nama LULU.. susah nak ambil gambar.. berbanding abangnya..
See.. BOBOK yang suka camera..

CHARLIE dan ALFA adalah adik beradik.. cik esah jumpa mereka sedang ketakutan di bawah kereta semasa cik esah pergi mencuci kereta.. Minta kebenaran dari tuan punya tempat cuci kereta.. Katanya kucing tu tak bertuan.. Mereka ini ade 3 beradik sekor lagi mak cik esah yang amek bela dan diberi nama MANJA..

Inilah mereka masa mula2 cik esah jumpa.. Yang itam putih itu adalah MANJA.. Mak cik esah yang bela sekarang
Kisah BRAVO, TANGO dan JULIET cik esah pernah tulis di SINI dan di SINI 
BOBOK dan LULU adalah anak JULIET dan BRAVO.. Mereka sangat comel.. 6 ekor inilah yang menjadi peneman setia cik esah semasa dirumah... Dan begitu lah kisahnya tentang anak2 berbulu cik esah.. Sampai bersiaran lagi.. Daaaaa!!!

Tuesday, September 28, 2010

Hadiah buat mereka :)

Cik Esah nak crite pasal hadiah untuk anak berbulu cik esah.. Kira hadiah raya la gamaknyer.. Ape!! Barang lama bertukar baru?? Harus la kan.. Sedangkan kita bila tiba raya.. sofa lama yang hampir rabak pun ditukar baru.. baju pun ditukar baru.. kasut ditukar baru.. Harus la ade sesuatu perlu ditukar untuk anak berbulu cik esah =)..  

Ramai orang menegur.. Kenapa perlu membazir duit untuk kucing?... Lebih2 lagi kucing yang cik esah bela adalah kucing kutip semuanya.. Bukan dari breed/@baka yang memang diketahui di sukai ramai.. Cik esah cuma membalas dengan berkata.. Kucing juga makhluk tuhan.. mereka berhak diberikan keselesaan dan keperluan.. kita yang menjaganya perlu la bertanggungjawab menyediakan keperluan mereka mengikut kemampuan kita.. Lagi pun bagi cik esah membela kucing ni.. tak sedikit pun memberi beban kepada cik esah.. mereka umpama pembawa rezeki.. tak pernah pun cik esah rasa terbeban.. malah cik esah bersyukur mempunyai teman seperti mereka.. 

Walaupun mereka bukan manusia yang boleh berkata2.. namun gerak geri dan tindak tanduk mereka menggambarkan seolah mereka memahami ape yang kita rasa ketika itu.. Lagi pun itulah peneman / penenang hati cik esah.. Bila balik.. tengok gelagat mereka.. owhh!! badan yang letih pun tak terasa letihnya.. Oleh itu.. mereka juga harus diberi ganjaran =).. Tadaaa!!! Ni la hadiah buat mereka :)

Ini adalah sangkar lama.. untuk raya.. sangkar ini di cat baru =)



Cik esah ada beli sangkar baru.. tapi saiz nyer kecil sedikit.. xpe la.. DIY untuk sambungkan sangkar lama dan baru ..

Tadaaaa!!! Sangkar lama sudah siap disambung dengan sangkar baru.. Singgahsana kamoo mama letakkan hammock.. agar kamoo boleh beristirehat yer sayang..  Sila abaikan mereka yang terbabet =)

Testing.. testing.. Begitu la gelagat mereka bila mendapat toilet yang baru =)
Ape kah ini?? Ini adelah water fountain untuk sicomel.. Ape!! Kamoo ingat manusia sajakah yang boleh minum air yang ditapis?? Anak berbulu cik esah juga perlu! Demi menjaga kesihatan mereka =)
Sedang cik esah sibuk mengemas barang2 mereka.. Haiihhh la budak kecik ni.. Jadi spiderman pulak dia..
Mari test.. Best tak hadiah mama beri ni.. Si Juliet nampaknyer khusyuk makan.. =)
Owh!!! Langsir mereka juga harus ditukar baru okey!!

Sedap nyer mama!! Suka Bobok dan Lulu..


Alfa yang nak mencuba juga hadiah baru.. Bilik mereka sudah di kemas.. =)
Tadaaaa!!! Begini la bilik mereka yang sudah dibersihkan dan diberi nafas baru.. hehehe.. Sila abaikan model2 terbabet.. Tapi dalam gambar ni ade arwah TANGO.. Mama sangat rindu kamoo sayang... :(

Lupa pulak cik esah nak bagi tau.. Cik esah ade 7 ekor kucing semuanya.. Tapi kini tinggal 6 setelah kematian TANGO.. Nanti la cik esah upload gambar2 mereka yang baru yer.. Nanti kita bersiaran lagi.. Daaaaa!!!!

Monday, September 27, 2010

Nanti la update

Shhhhh.. cik esah ngah traning kat kelana jaya ni.. Nanti2 cik esah update yer.. nak upload gambar hadiah buat anak2 bbulu cik esah.. =)

Thursday, September 23, 2010

Bertamu Kembali

Sudah hampir setahun lamanya aku tidak membebel di blog ku sendiri.. xtau kenapa.. aku bagai ilang selera untuk menulis.. hilang selera untuk snap gambar dan macam2 lagi.. tapi selera makan ku seperti biasa saja ok!! malah tidak terganggu sedikit pun selera makanku.. hehehe.. 

Sebagai permulaan.. aku seperti biasa.. aku harus meng'update' tentang kehidupanku.. Ahhh!!! banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang aku tidak berblog dalam dunia blogku ini... takkan aku perlu tulis satu persatu.. ohhh!! tidak.. Ok la.. aku mulakan dengan cerita aidilfitri saja la.. sebagai pembuka cerita tahun ini.. 

Raya tahun ini, aku rasa sama sahaja.. almaklum la.. tidak banyak bezanya.. beza cuma pada pertambahan bilangan anak saudaraku.. itu sahaja.. Tahun ini raya di sambut sederhana.. Seperti biasa.. pagi raya pertama dirumah mak long di kampung sebelah mak.. tengaharinya.. kami sekeluarga terus berangkat ke rumah ateh.. tahun ini mahu merasa suasana seperti dikediaman kampung.. makanya.. rumah ateh menjadi pilihan.. aku dan keluarga berada disana sepanjang raya pertama.. Ini adalah sebahagian dari keluarga ku..








Tanggal raya ke-8 TANGO kesayangan pergi meninggalkan aku selamanya.. Terasa sebak didada.. Namun apakan daya.. Yang hidup pasti akan meninggalkan kita.. Cuma cepat atau lambat.. itu sahaja.. TANGO mati kerana mengidap batu karang.. ALLAH lebih menyayanginya.. Kita yang hidup harus meneruskan kehidupan kita.. Saat TANGO di ujung nyawanya.. 


Hmmmm.. apa lagi yang ini aku tuliskan ya.. aku rasa cukup setakat ini dulu sebagai pembuka cerita.. Jika ada kelapangan aku akan bersiaran lagi.. Daaaa!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...