Thursday, September 23, 2010

Bertamu Kembali

Sudah hampir setahun lamanya aku tidak membebel di blog ku sendiri.. xtau kenapa.. aku bagai ilang selera untuk menulis.. hilang selera untuk snap gambar dan macam2 lagi.. tapi selera makan ku seperti biasa saja ok!! malah tidak terganggu sedikit pun selera makanku.. hehehe.. 

Sebagai permulaan.. aku seperti biasa.. aku harus meng'update' tentang kehidupanku.. Ahhh!!! banyak sangat perkara yang berlaku sepanjang aku tidak berblog dalam dunia blogku ini... takkan aku perlu tulis satu persatu.. ohhh!! tidak.. Ok la.. aku mulakan dengan cerita aidilfitri saja la.. sebagai pembuka cerita tahun ini.. 

Raya tahun ini, aku rasa sama sahaja.. almaklum la.. tidak banyak bezanya.. beza cuma pada pertambahan bilangan anak saudaraku.. itu sahaja.. Tahun ini raya di sambut sederhana.. Seperti biasa.. pagi raya pertama dirumah mak long di kampung sebelah mak.. tengaharinya.. kami sekeluarga terus berangkat ke rumah ateh.. tahun ini mahu merasa suasana seperti dikediaman kampung.. makanya.. rumah ateh menjadi pilihan.. aku dan keluarga berada disana sepanjang raya pertama.. Ini adalah sebahagian dari keluarga ku..








Tanggal raya ke-8 TANGO kesayangan pergi meninggalkan aku selamanya.. Terasa sebak didada.. Namun apakan daya.. Yang hidup pasti akan meninggalkan kita.. Cuma cepat atau lambat.. itu sahaja.. TANGO mati kerana mengidap batu karang.. ALLAH lebih menyayanginya.. Kita yang hidup harus meneruskan kehidupan kita.. Saat TANGO di ujung nyawanya.. 


Hmmmm.. apa lagi yang ini aku tuliskan ya.. aku rasa cukup setakat ini dulu sebagai pembuka cerita.. Jika ada kelapangan aku akan bersiaran lagi.. Daaaa!!!

1 Orang Mengetuk KeyBoard:

Papa Hero said... Best Blogger Tips

aduhai, mmg sedih kalau kucing kita mati sbb dia pun adalah sebahagian keluarga kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...