Monday, October 31, 2011

Bosan katanyer!!

Hak.. Hak.. Hak.. Mood rajin menghapdet activated!!! tu dia.. Pagi hapdet.. Tengah hari hapdet!! pastu ko senyap jer Cik Esah kan!!! Keh keh keh.. Takde la.. saje ngisi masa ni.. tgh free waktu2 rehat ni.. maka menghapdet la kejap.. kang tak berhapdet korang gak cakap pocong duk bertenggek wat umah kek blog Cik Esah.. Dasar sangat kan! =)

Feel da ala2 macam singa ni dah.. mau melepek dah.. tapi setakat nguap je la dari tadi.. rehat ni cuba gak menidurkan diri.. tapi takleh.. walaupun badan letih.. tapi mata still tak mau lelap.. so.. end up.. hapdet la blog terchenta... Cheewaahhh!!! Terchenta gamaknya... Takpe la.. asalkan korang.. pembaca tegar. sudi membaca.. ye dak? . Mood perahsaan sudah mari.. sila abaikan.. Hahaha..

Ok2.. Sajer nak share gambar anak berbulu lagi.. Budak ni cah pernah cerita kat SINI.. semalam sempat memandikan budak sekor ni.. Dia ni kira kena mandikan selalu.. ataupun kalo tak mandi.. lap badan. bersihkan selalu!. sebab badan dia mudah comot.. mata selalu nau ade serunding.. hik hik hik.. Ni la budak nyer!!Oppss!! lupa.. budak ni dulunyer diberi nama LEKIU sebab ingat jantan.. tapi selepas beberapa lama.. baru la nampak jantina sebenar.. dia ni betina rupanya.. so.. bagi nama baru.. TEJA..
Muka tak puas hati Teja lepas mandi.. port baik!! Atas TV.. =)
Okeh.. sudah mau abes waktu rehat.. nanti sambung lagi.. Daaaaa!!!

Isnin sudah... (^^,)

Isnin sudah?? Owhhhhh!!! Rasa macam monday blues sudah menjelang di pagi hening.. Hening ker? Owh..  Tak brape nak hening la sbb nyer di opis ni sudah bising dengan ketukan keyboard rerakan ofis yang sedang membuat kerja! Aku? Hehehehe.. Amek mood ngan hapdet blog la.. Walau pun xde ape nak crite.. tapi nak gak tulis.. 

Sebab nyer.. Cik Esah dalam keadaan yang kekurangan tido...  Jangan jadi mcm kek gambar udah la yer.... Adeh! What happen terjadi? Sebabnyer dah mula semester ni.. kena la rajin jagi pungguk kan.. berjaga malam seolah esok xde siang... Eh! betul ke ape Cik Esah tulis ni.. kira betul la tu kan.. Hehehehe..

Assignment da mula melambak.. sem ni kene gigih yer hadik2.. sbb nyer amek 4 paper.. makanya masa yang ade untuk berfoya2 agak terhad.. Nak berjimba ngan rerakan pun x kesampaian akibat tuntutan belajar.. Diam x diam dah 2 setengah tahun Cik Esah sambung... Makanya.. ade lagi 2 setengah tahun nak abes.. Pitammmmm!!! Lambat lagi nak abes gamaknya.. 

Walaupun agak sebok ngan kerja.. belajar.. tapi hubungan ngan anak2 berbulus tak boleh diabaikan.. Sebab nyer durang pun perlu kasih sayang yer tak? Masih ingat ngan budak bernama TUAH.. Cik Esah pernah cerita pasal budak ni kek SINI..Alhamdulillah.. dah membesar dengan sihat budak sekor ni.. Yang paling best.. Tuah kini sedang berlumba2 untuk merebut tahta keboroian milik auntie ALFA nyer.. Pitammmm!!! Jantan tapi gendut.. Camno?? Hahahaha!! 

TUAH.. Tengok la perut kamoo yang makin memboroi..
Selain sedang memboolatkan diri.. Tuah ni sangat2 manja.. kalo balik memang suka duk kek riba.. Alhamdulillah.. sihat sudah kamu yer sayang.. hidup bahagia bersama pakcik dan abg2 kamu yang lain.. Moga kamoo sentiasa sihat yer..  Ok la.. Nanti Cik Esah sambung lagi yer... Daaaaaa!!

Friday, October 28, 2011

Jumaat.. 1Zulhijjah 1432

Sudah 1 Zulhijjah 1432. Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :

"Barangsiapa di antara yg kalian ingin berkorban,apabila tiba 1 Zulhijjah,maka jgnlah ia memotong rambut dan kukunya sehingga ia berkorban" (H.R Muslim) 

Jadi, kepada sahabat2 yang ingin menjalankan ibadah korban, maka peringatkanlah ahli keluarga lain, sahabat handai agar tidak memotong kuku dan rambut bermula dari 1 Zulhijjah (28 Oktober) iaitu hari ini. Sama2 la kita memperingati mereka yang ingin menjalankan ibadah korban. =)

Selain itu terdapat amalan amalan-amalan yang digalakkan dilakukan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :- 

  • Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. 
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : 

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28). 

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua. 
  
  • Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : 

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). 

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 

  • Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
  • Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata. 

  • Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
  • Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "Dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32) 

Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Sekadar berkongsi dari bacaan yang diperolehi =)

Thursday, October 20, 2011

MoOd mendengar lagu sajork!!

  I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love
I loved the most
 
And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time
 Reff :
And who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?


I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms
 
And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

Repeat Reff
Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back
  (2x)And who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all
Who do you think you are?

Who do you think you are?

Who do you think you are?

MOod.. OoOoOooooHH!! MoOd (o_O)

Apekah?? OoOoOhhh!!! MOod.. mood.. mari ke mari.. ke mana kau?? Mari.. mari..mari.. Adeh!! Ape ni.. Camne leh ilang moOd ni.. Eh! Hilang moOd mende.. Ok je ni.. Ape yang ko merepek ni Cik Esah oiii!!! Wake up!! Wake up!!.. 

Mood mendengar lagu plak la.. Layannnnnnn... Hahahahaha!! Weng!!



Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Reff:
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Wednesday, October 19, 2011

QUOTE : WEDNESDAY.. 1910 HOUR



ANYONE CAN GIVE UP,

IT'S THE EASIEST THING IN THE WORLD TO DO.

BUT TO HOLD IT TOGETHER WHEN EVERYONE ELSE WOULD UNDERSTAND IF YOU FELL APART,

THAT'S TRUE STRENGHT...

Monday, October 17, 2011

Tuah kamu.. Jumpa.. dan dapat rumah baru..

Lama dah terpendam cerita ni.. Tadi dok belek2 album.. skali terjumpa gambar ibu ngan anak kucing yang dibuang... terus rasa cam nak cerita pasal durang.. Hmmm... Sebenarnya rindu gak ngan budak2 berbulus ni.. Sempat menjaga mereka sekejap... Walaupun sekejap.. Tapi seronok sebab dpt selamatkan durang.. *mood sedih.. :( Takpe la.. InsyaALLAH ada update dari tuan baru.. Ade 2 kisah.. Satu Cik Esah jumpa masa pertengahan bulan 9.. Satu lagi dapat panggilan dari member ofis untuk minta carikan owner baru untuk kucing ni.. Tapi yang pastinya.. Ke 2-2 kucing ni ade anak kecil..

Ini ibu kucing yang Cik Esah jumpa pertengahan bulan 9.. Pagi semasa nak pergi kerja.. Nampak ibu kucing dan 4 ekor anak dan ade yang masih berdarah diletakkan berhampiran tangga apartment Cik Esah tinggal.. Hmmm... Biarkan.. Sebab dah lambat nak ke ofis.. Tapi bila dah sampai ofis.. Hati ni rasa tak keruan.. Menyesal plak tak tengok betul2 keadaan ibu kucing tu.. Memang nampak agak lemah... Ambil kunci kereta dan rumah terus balik semula dan tengok keadaan kucing tu... Angkut kotak dan letakkan dalam sangkar dirumah. Sediakan makan dan minuman untuk sicomel.. Lapar si ibu rupanya.. Tak tau la brape lama sicomel ini kelaparan.. Sebenarnya Cik Esah kenal sape tuan punya kucing ni... dan Cik Esah pernah cakap ngan tuan nya supaya mandulkan dan kucing tu tak dibiarkan berkeliaran bebas... Kalo jadi ape2.. susah nanti.. Tuannya hanya cakap. "Biarlah dia.. Tak nak dikurung.. Lagi pun kalo dikurung. tak ke kesian.. Kalo dimandulkan pula kan ke dosa" Dah beberapa kali diterangkan..dah ade keluar fatwa pun..  tapi tuannya tetap degil.. Dan inilah hasilnya!! Dibuang lepas lahirkan anak? Ade anak yang masih berdarah yer! Malas nak gi jumpa tuannya.. Nanti jadi gaduh pula.. So.. Penyelesaiannya.. Cik Esah jaga sementara menunggu mereka mendapat tuan baru.. Alhamdulillah.. ada hamba ALLAH yang masih sudi menerima si comel ini.. Ibu dan 4 ekor anak kucing yang comel.. Cik Esah doakan agar pasangan tersebut dikurniakan keberkatan dalam kehidupannya.. Diberi rezeki yang melimpah ruah kerana menyelamatkan si comel ini.. Terima kasih NISAQ dan suami.. Semoga kehidupan si comel ini lebih terjamin.. NISAQ juga sentiasa update tentang ibu dan anak kucing ini.. Alhamdulillah.. Si ibu memang sangat penyayang.. 

Ini pula kes yang terbaru.. Ibu dan 2 ekor anak kucing yang comel.. Serius comel!! Sejuk hati memandang..  Asalnya ibu kucing ini dibuang dikawasan Taman Botani.. Dalam keadaan si ibu mengandung.. Nasib kucing ini agak baik kerana kerani di Taman Botani yang bagi makan ibu ini dan jaga dengan penuh kasih sayang sehingga la si ibu ini melahirkan anaknya.. Tapi disebabkan kawasan yang agak terhad dan kawasan pejabat pula.. so kerani tu call Cik Esah minta Cik Esah bela kucing ni.. Tapi Cik Esah tak leh nak tambah.. Memandangkan 12 ekor yang sedia ada kat umah tu yang memerlukan perhatian Cik Esah.. Cuma yang Cik Esah boleh janji.. Cik Esah akan cari tuan baru untuk kucing2 ini.. Dengan bersyarat.. Hik hik hik... Cik Esah ambil dan bela mereka selama beberapa hari.. Sangat baik si ibu.. Anak nya macam biasa la.. Da nama pun kekanak.. Mesti la bersuka ria kan? Alhamdulillah.. Orang yang nak kucing ni memang ramai.. Macam pisang panas lak..Tapi tapisan dah dibuat oleh Cik Esah sebelum menentukan tuan baru kucing tersebut... Syarat2 yang dinyatakan juga boleh la dikatakan ketat.. Hahahahah!! *gelak kurang sopan.. Bukan ape.. Cik Esah tak nak ade kemungkinan kucing ini dibuang.. Takmo!!! Alhamdulillah.. Ibu dan anak kucing ini dah bertukar tangan dengan tuan yang baru jumaat yang lepas.. Dan perkembangan kucing tu akan Cik Esah pantau dari masa ke semasa.. Terima kasih SYAZA YUSOF kerana sudi menjaga ibu dan si kecil ini.. Semoga kamu jua sentiasa dirahmati kehidupan kerana telah memberikan dunia baru buat kucing ini.. 

Rindu ke 2-2 ibu kucing ini dan anak2 nya... Walaupun dapat jaga sekejap.. sob sob sob...



Dah Berkulat Kata Nya... =)

Telah lama gak meninggalkan ape yang dinamakan blog ni.. Apekah?? Owh yer.. Kengkawan kata dah bersawang.. Berkulat.. Ade hantu pocong yang dah duk menumpang kat sini wat rumah katanya.. Cettt!!! Over tau korang.. Baru tak sampai 2 bulan dah bising2.. Ye la.. yela.. untuk tidak menghampakan permintaan para pembaca.. peminat2 dan juga silent reader yang dahagakan cerita dlm blog ni.. Ku gagahkan jua menulis... Bluweeekkk!!!! Sila muntah ijo.. Hahahahaha!!! Over tau kau Cik Esah.. *pitam!!!

Ok2.. Untuk menyegarkan semula blog ini.. Takde citer menarik.. Tp.. korang baca la ek.. 

Dah lama tak menepekkan gambar adik bradik kat sini.. huhu.. Oh ye.. Cik Esah sangat rindukan insan di dalam gambar bawah ni.. Abg Teh & Kak Teh... Walaupun balik kampung.. tapi takde nyer la sempat nak jumpa.. huk huk huk.. Abg Teh & Kak Teh.. Miss u both.. Bila nak banjer makan ni.. Semendang gambar makan tag kat gua.. Uwaaa!! Itu lah motip nyer.. miahahahah!!!






Peace!~!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...