Thursday, November 24, 2011

Quote

.:: The worst kind of pain is when you are smiling just to stop the tears from falling ::.

Monday, November 21, 2011

Berabuk!

Ade yang mula membebel bila Cik Esah x hapdet blog.. Maap le kengkawan.. tengah kebizian yang melampau.. Keje + Study.. Keje sekarang pun da hampir tiap2 hari blk lewat.. Assignment dah mula melambak.. Sempat menyemak je.. tak sempat lagi nak belek dengan sepenuh hati.. huhuhh.. Banyak sebenarnya yang nak diceritakan.. tapi ntah la.. bila buka je blog.. terus blur xtau nak tulis ape.. Nak hapdet pasal anak2 pun hati sedikit hiba.. OWEN yang pernah Cik Esah cerita sebelum ini telah pun kembali mengadap PENCIPTAnya... Sedih.. Hiba.. Tau tau ape lagi perassan yang hendak digambarkan.. Dapat tau berita kematian owen.. dari kawan2 yang dihubungi doktor.. Sejam sebelum owen pergi.. memang dah tau owen sedang nazak.. nak pergi menjenguk.. tengah waktu bekerja.. Jadi dengan rasa berat hati teruskan juga kerja.. Tak lama selepas tu kawan beritahu owen telah tiada.. Masih terngiang2 suara kecil owen menyahut panggilan nama dia masa melawat dia.. Owen telah selamat mengadap PENCIPTAnya 11.11.2011 yang lalu.. Hati masih sedih.. Sebab terpikir macam mana keadaan Cik Esah kalo mendapat berita kehilangan si comel.. Ntah la.. kalo boleh biarlah sicomel itu membesar dengan sihat.. Kat rumah tu ade yang dah berumur lebih 2 tahun.. Setahun lalu TANGO kesayangan telah dijemput ILAHI.. Tak dapat bayangkan kalo ianya terjadi lagi.. Minta2 ianya dijauhkan.. Namun ketentuan tuhan diboleh ditolak.. Setiap yang hidup pasti akan mati.. Bila ia dijemput yang kita tak tahu.. Maka bersedialah..

Lately selalu terjaga tengah malam.. walaupun tido kul 12.. Kul 3 atau 3 lebih mesti terjaga.. Hmmmmm.. Tak tahu la kenapa.. Mungkin ada hikmah disebaliknya.. Bila terjaga.. Hati akan berdebar2.. Sudah hampir 5 hari berturut mimpi yang seakan2 sama.. YA ALLAH.. LINDUNGILAH AKU DARI SEGALA GANGGUAN YANG TIDAK DIINGINI... Lately juga hati mudah sangat tersentuh.. Mudah marah.. Mudah menangis.. Kadang2.. Tanpa ada apa2 sebab.. Berderai air mata.. Selagi boleh dilindung.. Cuba dilindung.. Tapi tu la.. Kalo dengan mak.. Mesti tak boleh selindung.. Macam tau2 je yang anak nyer sedang bersedih.. Bila ditanya.. "Anak mak sihat?".. Di jawab.. " Sihat je mak.." Tapi dari nada suara yang dilontar boleh diketahui oleh mak.."Anak mak macam sedih je ni? Ade ape2 tak kena ke?".. Dijawab.. "Takde la mak.. ok je.. Mak tu je yang memandai.. Induk ok je.. Takde ape2".. Seboleh2 hendak menamatkan perbualan cepat2.. Takut nanti laju berderai air mata.. Tak mahu diketahui mak.. Huhuhuh.. Mak pun bukannya sihat sangat.. Sakit yang dihidap semenjak aku masih kecil menyebabkan dia tak boleh terlalu risau.. Induk kuat.. Induk jangan lemah semangat.. Itu yang selalu Cik Esah kata pada diri sendiri..

Setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya.. YA ALLAH KAU KUATKAN.. TABAHKAN.. CEKALKAN HATI HAMBAMU INI ATAS SETIAP UJIAN YANG KAU BERIKAN.. AMIN.. Teringat bait2 kata yang pernah dilontar oleh seorang sahabat..

TO FIND ON YOUR WAY.. 
ENOUGH LUCK TO REMAIN HAPPY..
ENOUGH CHALLANGERS TO BECOME STRONG..
ENOUGH GRIEF TO REMAIN HUMAN..
ENOUGH HOPE TO BE HAPPY..

Friday, November 4, 2011

Owen Sayang

Bagi kawan2 yang memang mengikuti perkembangan owen dari awal dekat Kucing Terbiar & Anjing Jalanan, mungkin tahu keadaan owen sekarang. Namun Cik Esah nak berkongsi juga dengan kalian disini yang mungkin tak pernah mendengar mengenai owen. Owen adalah kucing yang diselamatkan oleh seorang kawan yang sememangnya sayangkan kucing pada Mac 2011 yang lalu. Owen adalah seekor kucing yang sangat garang, terutama kepada lelaki, langsung tidak boleh dipegang.. mungkin kerana pengalaman owen dengan manusia sebelum ini.. dipukul, disepak diterajang barangkali, menyebabkan owen bertindak begitu apabila ada manusia yang cuba meghampirinya ditambah pula dengan keadaannya yang sakit. Sebelum ini, Owen telah dirawat di Hillpark Animal Medical Centre, namun akibat kos rawatan yang semakin meningkat owen telah dijaga oleh PAPA MEOW yang sanggup meluang masa untuk sikecil ini. Mungkin bagi yang tak pernah bela kucing akan berkata. "Ala.. kucing je pun.. Biarlah dia.. Nak ambil berat sangat.. Sok2 dia mati juga.. Kenapa nak berabis duit kerana kucing?"..Kenyataan macam tu memang pernah Cik Esah dengar.. Sentap hocay!! Kalo yer pun tak suka kucing, sekurang2nya tolong la ade sedikit rasa belas kasihan. Titik!

Cerita pasal owen adalah di SINI. Bagaimana dia dijaga dan diberi kasih sayang di sana. Terima kasih PAPA MEOW kerana sudi menjaga owen. Keadaan owen tidak banyak berubah kerana sikapnya yang terlalu garang. Untuk dicuci luka owen...owen terpaksa diberi makan ubat khayal supaya proses mencuci luka lebih mudah dilakukan.. Owen dijaga oleh Papa Meow sehingga la 6 Oktober lalu, owen terpaksa dipindahkan ke HONEY PET SHOP untuk rawatan lebih lanjut kerana keadaan owen yang masih tidak berubah. Beberapa ujian telah dijalankan ke atas owen dan owen disahkan mengidap FIV+FeLV selain daripada masalah buah pinggang , sakit mata selsema dan hati. Segala usaha dari murah  ke ubat2 hebat dari vet dah dibuat.. Sup haruan rebus, antibiotik, ubat cuci luka, macam2 la. Namun kesihatan owen makin menyusut. 

Owen sudah tidak ada selera makan dan terbaru owen terpaksa di drip. Cik Esah berharap agar kalian yang membaca blog ini, walaupun anda adalah silent reader, tolong doakan agar kesihatan owen pulih. Tubuh kecil ini sudah cukup menderita, namun owen masih kuat, walaupun tahap kesihatannya kadangkala pasang surut. Hari ini nak makan.. Sok xnak.. Tapi bila ada yang menjenguk.. Pasti dia akan memberi reaksi positif.. Owen yang dulu garang, kini sudah boleh diusap kepalanya. Ada yang memberi cadangan untuk di PTS(Put To Sleep)!! Owh.. Tidak sama sekali!! Tidak! TIdak! Tidak! Bukan hak kita untuk mengambil nyawa sikecil ini. Kita harus berusaha dan selebihnya kita berserah kepada ALLAH.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya ALLAH yang boleh menentukan bila nyawa sikecil ini akan diambil..

Harap owen sentiasa tabah dan doakan owen yer kawan2.. PLEASE SEND POSITIVE VIBES TO HIM.. Sempat juga curi masa menjenguk Owen.. Di bawah ialah gambar2 perkembangan owen dari awal ambil hingga sekarang.. 

Owen masa mula2 jumpa.
Owen semasa di bawa ke HVC
Owen dalam rawatan
Tahap kesihatan owen yang makin menyusut
Keadaan semalam.. Owen suka tido dalam bakul ni
Cuba membersihkan diri
Tido kembali
Bangun kembali..
Owen yang sudah boleh di usap dan memberi reaksi apabila dipanggil namanya.. Maaf.. Suasana agak bising..

Owen yang tabah.. Cuba berjalan walaupun mamai..

Doakan owen yer kawan2..

Thursday, November 3, 2011

AYAH..

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa :
"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

-Petikan dari FB-

Tuesday, November 1, 2011

Gigi Bongsu!!! Arrgghh!! Adeh!!

Dah beberapa malam tak leh nak tido ngan tenang.. sibuk ngan assignment satu hal.. dok melayan gigi bongsu tumbuh satu hal.. Adeh!!! 

Dah tua2 muda2 belia ni la sebok nak tumbuh gigi bongsu.. Dah ngidap lama dah.. Sakit.. Elok.. Sakit.. Elok... Dah hampir 4 tahun hocay!!! adoiii!! tak leh jerit.. sakit otot2 pipi.. huhuh... Masuk ni dah hampir 4 malam xleh tido ngan tenang.. dapat tido berkualiti selama 1-2 jam je sehari.. Gi jumpa doktor gigi mmg doktor bagi ubat tahan sakit je la.. tapi malas nak makan.. x suka bergantung ngan ubat tahan sakit sangat.. Dan hasilnya.. Cik Esah sakit kepala!! Berdenyut2 jadinya.. Hadapkan je.. Tadi masuk meeting pun ibarat masuk telinga kanan.. berdesup keluar kek telinga kiri.. Hazab!! Tapi layankan lagi..  Rasa macam mahu hempuk ini kepala berdenyut.. Adehh!!

Sudahnye.. kalah gak.. terpaksa ambil ubat gak.. Tapi tu la.. Biasa orang kalo amek ubat.. Leh tertido kan.. Tapi Cik Esah tak.. Makin segar bugar mata.. How??  Ok la.. Mari berehat je la jawab nyer yer..  
Sengih2 ala2 mata Garfield.. Daaaaaaa!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...