Friday, November 4, 2011

Owen Sayang

Bagi kawan2 yang memang mengikuti perkembangan owen dari awal dekat Kucing Terbiar & Anjing Jalanan, mungkin tahu keadaan owen sekarang. Namun Cik Esah nak berkongsi juga dengan kalian disini yang mungkin tak pernah mendengar mengenai owen. Owen adalah kucing yang diselamatkan oleh seorang kawan yang sememangnya sayangkan kucing pada Mac 2011 yang lalu. Owen adalah seekor kucing yang sangat garang, terutama kepada lelaki, langsung tidak boleh dipegang.. mungkin kerana pengalaman owen dengan manusia sebelum ini.. dipukul, disepak diterajang barangkali, menyebabkan owen bertindak begitu apabila ada manusia yang cuba meghampirinya ditambah pula dengan keadaannya yang sakit. Sebelum ini, Owen telah dirawat di Hillpark Animal Medical Centre, namun akibat kos rawatan yang semakin meningkat owen telah dijaga oleh PAPA MEOW yang sanggup meluang masa untuk sikecil ini. Mungkin bagi yang tak pernah bela kucing akan berkata. "Ala.. kucing je pun.. Biarlah dia.. Nak ambil berat sangat.. Sok2 dia mati juga.. Kenapa nak berabis duit kerana kucing?"..Kenyataan macam tu memang pernah Cik Esah dengar.. Sentap hocay!! Kalo yer pun tak suka kucing, sekurang2nya tolong la ade sedikit rasa belas kasihan. Titik!

Cerita pasal owen adalah di SINI. Bagaimana dia dijaga dan diberi kasih sayang di sana. Terima kasih PAPA MEOW kerana sudi menjaga owen. Keadaan owen tidak banyak berubah kerana sikapnya yang terlalu garang. Untuk dicuci luka owen...owen terpaksa diberi makan ubat khayal supaya proses mencuci luka lebih mudah dilakukan.. Owen dijaga oleh Papa Meow sehingga la 6 Oktober lalu, owen terpaksa dipindahkan ke HONEY PET SHOP untuk rawatan lebih lanjut kerana keadaan owen yang masih tidak berubah. Beberapa ujian telah dijalankan ke atas owen dan owen disahkan mengidap FIV+FeLV selain daripada masalah buah pinggang , sakit mata selsema dan hati. Segala usaha dari murah  ke ubat2 hebat dari vet dah dibuat.. Sup haruan rebus, antibiotik, ubat cuci luka, macam2 la. Namun kesihatan owen makin menyusut. 

Owen sudah tidak ada selera makan dan terbaru owen terpaksa di drip. Cik Esah berharap agar kalian yang membaca blog ini, walaupun anda adalah silent reader, tolong doakan agar kesihatan owen pulih. Tubuh kecil ini sudah cukup menderita, namun owen masih kuat, walaupun tahap kesihatannya kadangkala pasang surut. Hari ini nak makan.. Sok xnak.. Tapi bila ada yang menjenguk.. Pasti dia akan memberi reaksi positif.. Owen yang dulu garang, kini sudah boleh diusap kepalanya. Ada yang memberi cadangan untuk di PTS(Put To Sleep)!! Owh.. Tidak sama sekali!! Tidak! TIdak! Tidak! Bukan hak kita untuk mengambil nyawa sikecil ini. Kita harus berusaha dan selebihnya kita berserah kepada ALLAH.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya ALLAH yang boleh menentukan bila nyawa sikecil ini akan diambil..

Harap owen sentiasa tabah dan doakan owen yer kawan2.. PLEASE SEND POSITIVE VIBES TO HIM.. Sempat juga curi masa menjenguk Owen.. Di bawah ialah gambar2 perkembangan owen dari awal ambil hingga sekarang.. 

Owen masa mula2 jumpa.
Owen semasa di bawa ke HVC
Owen dalam rawatan
Tahap kesihatan owen yang makin menyusut
Keadaan semalam.. Owen suka tido dalam bakul ni
Cuba membersihkan diri
Tido kembali
Bangun kembali..
Owen yang sudah boleh di usap dan memberi reaksi apabila dipanggil namanya.. Maaf.. Suasana agak bising..

Owen yang tabah.. Cuba berjalan walaupun mamai..

Doakan owen yer kawan2..

4 Orang Mengetuk KeyBoard:

GtHans said... Best Blogger Tips

sedih tiap kali baca pasal Owen ni..moga Owen kuat dan kembali sihat..Aminn..

GtHans said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
ery D cat said... Best Blogger Tips

sedih dan bergenang air mata ery melihat keadaan owen ni...hnya doa yg mampu ery berikan..moga2 kesihatan owen bertmbh baik...terima kasih jg pd yg sgp menjaga dan merawatnyer...Tuhan shj yg mampu membls jasa baik kalian...sm2 berdoa untuk owen...owen!kamu kn tabah setabah insan2 disekeliling kamu...

Mama Tatami said... Best Blogger Tips

Saya tak akan putus berdoa untuk kesihatan Owen sayang. No matter what Owen, please be strong. kami semua menyayangi owen. Semoga Allah mengurniakan sejuta kebaikan kepada mereka yg membantu Owen dunia dan akhirat. sedey tgk owen mcm ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...