Thursday, May 24, 2012

Hari Belia Negara?? Sangat menyemak hocay!

Kat depan ofis sepanjang jalan presint 2,3 dan 4 sekarang sedang diadakan Hari Belia Negara.. Owwwwhh... Ini lagi satu, sangat menyemakkan kepala hotak hocay! Banyak2 tempat kenapa la korang pilih kawasan yang 98% adalah pejabat kerajaan dan merupakan tempat tumpuan orang ramai membuat urusan??? Kenapa?? Dah takde tempat lain nak buat?? Hari bekerja lak tu.. Kalo sekadar mengganggu pada hari Sabtu dan Ahad.... Takde masalah.. Tapi korang ni buat pada hari bekerja korang tau??? Sangat menyusahkan orang2 yang nak pergi keje di area situ.. Ditambah pula korang buat stage banyak2.. Tenggelam azan dari Masjid Tunku Mizan dek kerana lagu yang korang putarkan dari stage2 korang tu lebih kuat kedengaran.. Padahal jarak Masjid dengan stage tak sampai 200m.. Dah tu.. Korang hentam pulak buat testing sound system sampai pukul 3 pagi.. Memekak dari umah aku leh dengar.. Hari bekerja hocay!! Budak nak sekolah.. Orang nak bekerja.. Bingittt!!! So hormatlah skit!!! Kenapa la tak pilih kawasan yang lebih sesuai.. Tu.. Stadium skit nyer besar kat Bukit Jalil nun.. Pergi la buat.. Tak pun kalo korang dah kemaruk sangat nak buat kat Putrajaya ni.. Pergi la buat kat kawsan luas yang ade kat Presint 5 dan 6 sana.. Hadoiii!! Bukan tak sokong diadakan Hari Belia Negara ni.. Tapi tolong la.. TOLONG!! Cari tempat yang lebih sesuai.. Habis HBN ni memang boleh tengok la sampah bersepah2 kat jalan2 utama.. Jalan rosak.. Tiang lampu rosak,.. Papan tanda rosak.. Macam yang jadi tahun lepas.. Haiisshhhh... Yang kesian.. Kawan2 yang kena hadap benda2 rosak lepas HBN ni..

0 Orang Mengetuk KeyBoard:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...