Thursday, August 9, 2012

10 Malam Terakhir Ramadhan..

Assalamualaikum...

Hari ni cukup 20 hari umat islam berpuasa dibulan Ramadhan.. Dah  sampai 10 malam terakhir ramadhan dah pun.. entah dapat entah tak kita bertemu dengan bulan ramadhan untuk tahun depan.. kan ? harap sangat bulan ramadan kita kali nie lebih baik dari yang lepas.. Ada kelebihan dalam 10 malam terakhir Ramadhan ni.. Nak tau ape amalan yang boleh dilakukan dalam 10 malam terakhir ni? Meh kita baca meh... ni pun cah dapat dari pokcik google.. sekadar perkongsian bersama.. =)

Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah :
  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Peringatan untuk diri sendiri dan kawan2.. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat... Aamiin..

0 Orang Mengetuk KeyBoard:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...