Wednesday, September 26, 2012

Aaaaaaccchoommm!!

Assalamualaikum..

Aaaaaaaccchhooom!! Haishhh.. agak bersawang nampaknya laman sesawang ni.. ekekekek.. Membebel sambil membersihkan sesawang yang penuh... Haishhhh.. Sakit hidung gatal nak membersihkannya.. Aaaaaaccchhooom!!... Eemmm... agak lama tak bersiaran kat sini.. eh! lama ker? Errr.... lama la juga kot.. Last post 2 minggu sudah rasanya.. Banyak perkara yang berlaku dalam 2 minggu ini.. rasa seperti hilang arah sekejap.. Dah mula sleep disorder.. Kena ambil ubat baru leh tido.. Haiisshhh.. Malas tol nak makan ubat.. Nak minum ais je takut nnt bangun pagi sakit2 badan.. Nak tak nak makan la ubat.. Tsk..Tsk..Tsk.. (>.<)

Minggu2 yang penuh tak dijangka.. Mula buat perangai balik.. Jalan2 tak tentu arah.. Suka suki ikut sedap hati ngan kaki nak gi mana.. Tido pun merata2... Huk huk huk huk... Mula la tu.. Cuba kembali ke dunia realiti... Hakikatnya perit.. Haiishhh.. Ko dah kenapa cah? Errr.. Takde apa.. cuma sedikit berbasi rasa kesal dihati.. Tapi dalam pada tu sempat la juga buat keje berpaedah.. Err... Berpaedah gamaknya.. Ye la.. Sesi makan2.. Memang la berpaedah kan? Sesi berkumpul ngan geng GARU GARU.. sempat la update pasal hal masing2 sekarang walaupun kadang2 ade je bebudak tu kat dalam wall rahsia tu.. Ekekekeke.. Nak juga menghapdate apa yang patut kan?

Sesi menung sana menung sini dah buat.. Lepak sana lepak sini pun dah buat.. Sesi membawa diri ala2 azroy (tp versi pompuan) pun da buat.. Ape lagi lom buat ek? Arrrrr... 2 lagi tak sempat nak buat! Dah lama tak main jet ski!! Huwaaaaa!!! Ni yang rasa nak gi main ni.. Dan dah lama tak memanah (>.<) wuwuwuwu rindu nyer! Nanti ade kelapangan nak buat la.. Tumpahkan segala kusut masai disana.. yeaahhh!

Ok la.. nak hapdate tu je.. Daaaaa!


Monday, September 10, 2012

PERIT...



YA ALLAH pinjamkan biar sedikit ketabahan padaku, sesungguhnya aku tidak mampu ketika ini..betapa sukar untuk di luah dan dibicarakan. Aku ibarat  burung yang terbang tanpa arah, tidak mampu bertahan dengan ribut yang melanda.. terbang ke sana-sini mencari punca. YA ALLAH pinjamkan biar sedikit KETABAHAN padaku.. YA ALLAH.. Sejukkanlah gelojak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa ku YA ALLAH.. Lenyapkanlah dukacita ku, hilangkan kesedihan ku dan halaukanlah keresahan dari jiwa ku.. Hanya padaMU aku bermohon.. Hanya padaMU aku meminta..
Assalamualaikum..

OoOoOoOooooooo mata.. Nape ko masih cerah mata oii dalam waktu2 begini.. Jam 3 pagi???? Pukul 3 pagiii...*nyanyi ala2 P.Ramlee... Huk huk huk... >.<

Haiiisssshh... Gara2 apekah ini? Semalam pun time macam ni tak tido lagi.. hai la mata.. cuba la lelap.. sok nak keje.. Keje la esok.. Nak bangun awal.. Awal nak bangun.. Heheheheh.. mengong dah ko ni cah oiii!! Nak menyakat si moo moo.. Sian lak tengok dia tengah tido lena.. Nak bergayut telefon pun bukan ade orang nak call atau di call.. Huhuhuhuh.. Sabar ye cah... Pi tido naaa... *pujuk hati sendiri... sob.. sob... sob.. (T_T)

Ok la.. nak cuba lelapkan mata.. Tutup lampu.. Tarik comfoter.. Pasang lilin wangi.. Pasang bacaan ayat Al-Quran.. Lelapkan mata ye cah...

Thursday, September 6, 2012

Aaaaaaaaa!!

Assalamualaikum..

Haishhhh... Ni nape leh terbangun time2 macam ni? Nak kata exam, nak baca buku..exam da abes.. Huhuhuhu.. Saje je kan mata ni..Kalo time nak exam tu.. Ko la mata yang paling ngantok ala2 sebulan tak cukup tido.. Melekat terkatup macam kena gam!! Da abes exam, ko la mata paling cerah kat dunia..Haiisshhh.. mata owh mata.. Ke ade sesuatu nih? OoOoOoOo... No no  no..Nehi.. nehi.. Takde  sesuatu pun hocay! Errmmmm.. Otak ligat berfikir ni.. Errmmm...Errmmm... Ape nak tulis ek?.. Nak kaco moo moo nanti..Jap lagi dia yang kaco cah balik..Dah la dia tengah tido lena tu.. Dah lama tak hapdet pasal moomoo..Eh!lama ker? Errr..lama la juga.. gambar ade je kat dalam handphone tu.. Cuma malas nak upload.. Budak ni makin membesar dengan sihat yer.. Kuat makan... Kuat menyusu.. Tapi yang paling sangat2 dasar kan.. Budak ni sangat memilih yer bab makan ni hadek2! 

Sebab apa cah ckp dia memilih.. Sebab budak ni tak nak makan wetfood.. Pelik? Kucing tak suka wetfood?.. Padahal itu  la kegemaran.. Tapi yang sekor ni pelik bin ajaib skit.. Tak heran ngan wetfood hocay! letak la wetfood cat junior ke.. qiut pelbagai rasa ke.. dah 3 jenis perisa dair qiut cah da bagi.. langsung dia tak nak hocay! Ko dah kenapa moo! Nanti nak cuba wet food fussie cat la plak.. Khas untuk kucing fussy cam ko ni moo! kalo tak nak jugak.. memang sangat kekwat la kamoo!.. Kat bawah ni ade video budak ni memilih hocay!


Wednesday, September 5, 2012

Antara Penjelasan Mengapa Tiada Jodoh

Post ni Cah pernah pos tahun 2008 dulu.. so.. saje je.. mood malas nak hapdet.. ekekeke... 

Dapat email ni daripada member... Boleh di kongsi bersama sebagai renungan...

"Assalamualaikum wbt sekelian muslimin"
Setengah orang mendapat jodoh pada usia 16 tahun dan setengah yang lain hanya dapat jodoh pada usia 40an dan setengah mereka pula mati sebagai anak dara / teruna.

Adakah Allah mempunyai sifat pilih kasih dengan hanya memberikan jodoh kepada orang tertentu sahaja?? Persoalan seperti ini boleh merosak akidah seseorang.

Kalau merujuk surah Assyura ayat 30, setiap musibah dari Allah adalah kerana dosa manusia. Saya redha dan mengakui bahawa segala musibah yang menimpa saya selama ini adalah disebabkan kesilapan saya belaka.
Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan.

Ramai orang telah ditutup hatinya oleh syaitan dari mengenali / muhasabah kesilapan mereka. Bila mereka gagal mengenalpasti kesilapan ini, hiduplah mereka terus menerus tanpa rahmat Allah yang satu ini.

Antara dosa perempuan atau lelaki yang menyebabkan rahmat kahwin ditolak oleh Allah ialah:

1. Pernah berusaha melalui bomoh melalui mandi bunga, memakai susuk dsb agar dicepatkan jodoh mereka. Dosa ini sangat besar kerana mensyirikkan Allah.

2. Mengamalkan ilmu sesat dari "ustaz" atau orang pandai yang sebenarnya seorang bomoh sesat seperti ilmu membaca mentera bila keluar rumah, ilmu kunci tubuh bagi wanita dsb. Ilmu ini mengundang pertolongan dari syaitan seperti mudah mesra dengan semua orang dsb tetapi orang ini tidak sedar akan janji iblis yang membantunya dan antara janji tersebut ialah orang ini akan dipastikan tidak kahwin sampai mati.

3. Berkata sombong seperti seorang rakan saya "aku kalau nak kahwin, aku petik aja jari, 10 orang datang nak kahwin dengan aku". Sombong adalah milik Allah sahaja (Al Mutakabbir) dan dilarang manusia mengamalkan sifat ini. Kita pastinya melayakkan pelbagai azab Allah sekiranya mengamalkan sifat sombong ini.

4. Terlalu memilih Mr Right / Ms Right dengan sewenang-wenang menolak pilihan yang ditentukan Allah. Kebanyakan orang yang tidak berkahwin ini sebenarnya pernah dilamar oleh seseorang tetapi terus menolak mentah-mentah tanpa merujuk kepada Allah seperti melalui sembahyang istikhorah atas alasan seperti tidak sama taraf dsb. Allah sudah menetapkan dalam Al Quran bahawa perempuan baik dijodohkan dengan lelaki baik dan sebaliknya. 

5. Rosak akidah mereka dengan menolak hukum Allah seperti poligami, hudud dsbnya. Setengahnya sanggup bercakap seperti "aku sanggup jadi anak dara tua sampai mati dari menjadi isteri kedua". Membenci mana-mana hukum Allah sudah cukup melayakkan diri untuk menjadi Kafir. Dosa ini adalah dosa paling besar dalam Islam dan inilah antara punca azab musibah yang Allah turunkan seperti musibah tidak dapat jodoh.

6. Putus asa dan mengeluh. Mengeluh bukan ciri orang Islam. Terus menerus mengeluh akan terus menerus mengundang azab Allah. Putus asa seperti berkata "biarlah aku menjadi anak dara tua sampai mati" akan mengundang musibah yang berat dari Allah iaitu kekal tidak berkahwin. Allah membahasakan orang yang putus asa ini agar mencari tali untuk menggantung diri sampai mati (bunuh diri)

7. Banyak berbuat dosa mengundang pelbagai musibah dari Allah. Ada manusia yang malas sembahyang dan ada juga yang gemar berbuat maksiat pastinya mengundang azab musibah dari Allah. Apatah lagi kalau dosa berzina.

8.Tidak mahu mendalami ilmu agama juga adalah satu dosa kerana belajar agama adalah wajib untuk semua orang. Tidak melakukannya mengundang dosa yang kelak mengundang pelbagai musibah azab dari Allah.

Allah tidak pernah pilih kasih dengan memberikan jodoh hanya kepada sebahagian orang sahaja. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri. Kezaliman inilah yang mengundang musibah azab dari Allah dan tidak dapat jodoh adalah antara pelbagai musibah azab dari Allah SWT.

Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH.

Holaaa!!!

Assalamualaikum...

Owh.. minggu yang sangat2 bz minggu lepas sampai la semalam.. Sangat bz like bee.. bee la sangat kan? Apa2 pun.. da abes exam.. maka boleh la tarik nafas panjang untuk beberapa bulan ni.. Lega! Da mula semester baru.. tapi semester baru ni buat LI.. Buat LI pun kat ofis sendiri... So.. senang skit keje achik ni haa... Buek la kojoo hakiki apo yang patut.. Janji buku laporan penuh.. Terus teringat LI masa zaman diploma dulu.. Dulu buat LI kat Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan.. Sangat2 rapat ngan brother2 kat sana.. See?? Dengan brother je rapat? ngan Hakak2 x rapat? Bukan sebab tu.. Tapi sebab masa kat sana jarang duk ofis.. banyak masa wat keje luar.. pi la wat keje ukur kat luar.. Hamek!! sampai kene kepong ngan anjing.. nasib baik masa tu mmg pegang tripod.. acah2 kat anjing tu terus blah.. Itu antara pengalaman masa LI dulu la.. Siap masuk area paya.. Ekekeke.. Mesti la yang gi wat keje tu lelaki kan? Abes cah watpe? Sebab dah itu salah satu LI.. Kena la wat kan? Masa LI dulu memang tak rajin duk ofis pun.. Pantang ada keje luar, rajin betul abang2, pakcik2 technician mengajak.. Sebab durang kata, bawa cah tak macam  bawa perempuan.. *matik laaa... Boleh bayangkan lasak macam mana tak? Ekekeke... Hazab! Tapi memang best bila wat keje luar ni.. Tak serabut wat drawing bagai.. Ekekek.. Sampai sekarang cah rapat lagi ngan brother2 kat JUPEM NS tu.. Kira masih berhubung lagi la.. walaupun dah lama.. 

Tapi kali ni, wat LI kat ofis sendiri je.. So, memang banyak masa kat ofis je la.. Dok ngadap PC dan wat kerja2 editing dan keje2 hakiki yang ada.. Gi site pun jarang.. Kalo ada data missing je baru gi.. Huhuhuh.. Haiisshhh.. lupa la plak.. Lom buat spec baru lagi.. spec lama dah patah.. buat masa ni.. menaip ala2 rabun ayam.. Ekekeke.. Ada masa guna contact lens skrg ni.. Tapi hazab la.. sbb pakai lama sgt nanti, mata lak merah.. Bila la nak gi wat spec ni.. Rasa macam power dah bertambah.. Huhuhuh.. Tulisan kat white board pun bukan nampak sangat kalo duk dalam kelas.. Mujur la takde kelas untuk sem depan ni.. Ok la.. Nanti sambung lagi.. Ni je hapdet wat masa ni yer.. Nanti hapdet lagi.. Daaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...