Monday, February 18, 2013

Be Mine

Assalamualaikum..

Sesaje gatal tangan nak berkongsi lagu ni.. Dah lama dengar.. Suka dengar suara Tasha ni.. Gandingan yang comel ngan Syed Shamim.. Lagu ni hanya sekadar sesuka untuk didengar oleh halwa telinga.. xde kena mengena ngan achix langsung hocay.. Huhuhuh.. Jom dengar dan nyanyi sekali ek.. =) 


Lirik Lagu Be Mine – Tasha Manshahar & Syed Shamim

Bermula di Facebook kau tegur
Ku dulu tak tahu malu
Tak kuasa nak layan
Aku buat tak tahu

Kau terus cuba dan mencuba
Sehingga ku jatuh cinta
Gatalnya diri mu
Membuat ku terjatuh

Bila kita mula mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit akumerajuk
kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
Ku cuma nak uji saja

Chorus
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada ku gembira
Kadang kala sedih juga
Kau sudah berpunya
Tak mungkin jadi milikku 
Selamanya..

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum..

17 Februari.. Happy Belated Birthday.. Semoga panjang umur.. Dimurahkan rezeki.. Sentiasa beroleh keberkatan dan dilindungi.. Serta diberi kesihatan tubuh badan.. Aamiin..


Thursday, February 14, 2013

Luahan..


.:: Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.. ::. ♥

Snogurt..

Assalamualaikum..

Untuk post kali ni achix nak salahkan Bangsoya kerana telah menghaplod gambar geng gegaru telah menikmati snogurt... Terus achix TERkempunan ala2 mak enon nak makan Snogurt tau! Gambar dalam blog Bangsoya telah menghantui pemikiran achix dari masa keje sehingga la balik keje yer dek non haaaa!! Sadis hocay bila berada dalam keadaan begitu.. Terus rasa macam nak nyanyi lagu Batu belah batu bertangkup.. telanlah lah aku.. makan lah aku.. aku kempunan nak makan snogurt.. Haaaaaa... sampai macam tu gamaknya! Ini semua salah Bangsoya.. I hated U!! Muahahahah!!..

Konon2 nak pasrah dan redha bersabar la gamaknya.. sebab kemalasan nak keluar dari rumah selepas balik keje sangatlah berleluasa..Lagipun tengah batuk dan selsema..  Tapi... Tapi kannnn!!! Tekak ni rasa sangatlah teringin nak makan snogurt tu... Walaupun macam tak sedar diri yang diri ni tengah batuk dan selsema.. What??? Aaaaaa.. ni la kekdahnya orang sakit mengidam makan kan.. Tak hengat demand tekak ni haaaa... dalam blog Bangsoya cuma mention kat bangi je.. cuma tak tau area mana.. yang achix tau tutti frutti ngan yogurt je yang ade kat seksyen 9 tu ha.. Snogurt tak pernah lak perasan.. Ekekeke...

Maka dengan lajunya terus mendail no Datin Diyana.. Call2 tak angkat.. Terus rasa nak nyanyi lagi lagu batu belah batu bertangkup.. Dan tetiba lak Datin Diyana menjawab panggilan hangit achix ni haaa.. Hoyeeahhhh!! Tapi orang yang telah memberi direction bukanlah Datin.. Tapi Dato' Bert.. Terima kasih la Dato' Bert kerana telah memberi direction yang tepat dan jitu.. Ekekeke.. Setelah mendapat direction.. Teruslah achix beronok2 fefeeling happy pergi mendapatkan snogurt tu haaaa... Dan yes!! Achix TERsangat la suka dengan Snogurt tu.. Tak sesia ko bagi kempen free yer bangsoya.. Achix suka tau!! Dan disebabkan suka.. Sampai achix lupa nak ambil gambar.. Terus ngap.. Dah separuh baru teringat nak ambil gambar.. Ekekeke.. Achix cuma sempat meng google je.. ni gambar ehsan dari pakcik google yer.. 


Ok la.. Nak bagi tau tu jer.. Daaaaaaa!! :p

Wednesday, February 13, 2013

Tak Sihat..

Assalamualaikum...

Accchuuummmm!! aaaaaa.. Tak sihat.. Sakit tekak, batuk dan selsema serta pakej sakit kepala haaaa.. Pagi tadi punya la sakit kepala masa bangun pagi.. Gagahkan jugak bangun pergi keje.. Dah sampai ofis.. Amek kau.. Bertambah teruk selsema ngan sakit tekak.. Batuk tak henti2 sampai berair2 mata masa batuk.. Errrrmmm.. Rasanya baru baik dari batuk.. Daaa kena balik.. Kali ni sekali ngan pakej selsema dan sakit tekak.. Nak menelan air liur pun rasa sakit.. Ape tah lagi nak makan.. Perut lapar.. Pagi tadi sempat isi perut ngan milo suam je.. Pastu makan ubat selsema.. Doc ckp makan ubat selsema tu tak mengantuk.. Sekali hamekkk kooo...terjadi lak sesi kemengantukan masa drive nak gi keje.. Beberapa kali berhenti sebab hampir2 terbabas.. Huhuhuh.. Moral of the story.. Jangan percaya cakap doc.. Ckp ubat tu tak ngantok.. Tapiiiii.... Mengantuk gak.. Hasilnya.. Achix masuk keje lewat.. Dekat kul 9 baru sampai.. Tapi takpe la.. Biar lambat asalkan selamat.. Pandai2 la jawab nnt kat portal alasan kedatangan lewat.. ekekeke...

Semalam geng garu2 buat acara bekcinten(badminton) kul 6.30.. Maaf la geng gegaru sekalian.. achix tak dapat menghadirkan diri akibat masalah kesihatan fizikal dan mental yang tidak mengizinkan.. Haaaaaazaaabbb!! Balik dari kenduri terus sentap balik umah ye deknon.. Takde nak singgah memana lepas tu.. Achix geramm.. "Pergi la mampoosss" kekdahnya kan.. Shhhhhhh!!! Diam2 sudah.. Eh! tetiba achix TERmerempan ni kenapa?  Huk Huk huk,... Ok la.. Achix nak berehat seketika bersama Kit Kat.. Kepala dah ting tong ni.. Daaaaaaa


Tuesday, February 5, 2013

Edisi Malas

Assalamualaikum..

Edisi MALAS nak hapdate.. Tapi nak hapdet gak.. Weeee... Daaaaaaa :p

Da bulan 2 baru dapat Diari ngan Kalender.. Huhuhu =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...