Friday, March 29, 2013

Jumaat yang barakah




Tidak ada yang lebih indah melainkan dapat menikmati semua nikmatNya dan mensyukuri apa jua yang dikurniakan olehNYA.. Setiap saat.. minit.. jam merupakan waktu yang amat berharga dan tiada gantinya buat diri kita.. Kerana masa tidak akan berputar kembali.. tetapi ia akan terus berjalan tanpa menunggu.. Sehari lagi aku diberi peluang untuk menghirup udara di alam milikNYA.. Terasa betapa diri ini sangat-sangat kerdil disisiNYA.. Belum banyak amal yang dapat aku laksanakan.. DIA masih mahu lagi mendengar segala rintihanku.. Walau sering kali aku lupa akanNYA.. sekali lagi dipertemukan aku dengan Jumaat yang barakah ini.. Aamiin Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah.. 


Tuesday, March 26, 2013

SENYUM =)

Assalamualaikum..





14 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

  1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim
  2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
  3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
  6.  “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
  9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
  10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
  11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
  13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
  14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Monday, March 25, 2013

Tersenyumlah walaupun perit..

Assalamualaikum..

Dah hari isnin semula.. OoOoOoOoooo.. Hari bekerja.. Bila isnin je datang la 'Monday Blues' nyer.. Ntah apa-apa.. Sabtu ahad ke mana? Berlegar penuh ria sampai terlupa hari isnin bekerja? Ekekekeke.. Tersenyumlah walau apa yang berlaku itu perit rasanya.. TERSENYUM la cah.. Biar orang tahu, engkau itu baik-baik saja.. =)

OoOoOoOo.. Luasnya permandangan.. Indahnya ciptaan tuhan.. =)

Aaaaaa... Apa!!! Hari Isnin??? Kerja..Kerja..kerja..kerja.. Masa berjimba sudah tiada.. =)

Friday, March 22, 2013

Kenangan..

Assalamualaikum..

KENANGAN ITU.. Muka selebet.. Mata sembab..  Sila abaikan..




Hadirmu penuh makna

Assalamualaikum..

Hadirmu dalam HATI ini suatu ketika dahulu memang penuh makna buat diriku.. Kau yang menceriakan aku kala dukaku.. Kau sentiasa ada tika kau aku perlukan.. Segala kenangan manis yang telah kita sulam akan ku simpan rapat ke hatiku.. Hanya itu yang ada buatku.. HANYA ITU yang akan sentiasa kekal sebagai ingatan.. ALLAH pinjamkan kamu dalam perjalanan hidupku.. Mungkin sebagai pengajaran dalam kehidupanku akan datang.. Kau pergi dulu mendapatkan kebahagiaanmu.. Telah tertulis aku bukan milikmu.. Kau telah membina kebahagiaan lebih dulu dariku.. Maafkan aku.. Sudah itu takdirnya.. Katamu ALLAH maha berkuasa dan DIA tahu apa yang ditakdirkan buat sang pujangga.. Aku REDHA..


Thursday, March 21, 2013

Rindu wajah ini...

Assalamualaikum..

Tiba-tiba rindu pada raut wajah tua ayah.. Teringat ayah berkata hampir sebulan yang lalu.. "Ayah dah tua.. Tinggal ayah ngan Achik Bedah ko je yang ada  lagi.. Paksu ko pun da takde".. Mungkin terkenangkan paksu yang baru meninggal buat ayah berkata begitu.. Ku pandang raut wajah tua ayah lalu aku mengajak ayah ke rumah kakaknya.. Achik Bedah.. Tersenyum ayah lantas bersiap.. Sampai dirumah Achik Bedah.. Keduanya bersalaman lantas menangis sambil berpelukan.. Sedih.. Hmmmm.. Ini yang sempat aku rakam pada hari itu.. AYAH..

Sebulan Berlalu

Assalamualaikum..

Dah sebulan berlalu.. Blog tak ber update.. Tak tahu nak dimulakan dari mana.. Banyak yang berlaku dalam sebulan ini.. Ntah la.. Bagaikan kaku segalanya.. Tak terduga.. Tak dipinta.. Hanya meng "iya" kan apa yang telah ditetapkan oleh-NYA... Hati menangis tak siapa yang tahu.. Menelan pahit itu sendiri demi kebahagiaan orang lain. Itu saja yang dapat digambarkan dalam jalan cerita ini. Hmmmmmm.... Tak terluah oleh kata-kata.. Mungkin ini sudah takdir-NYA.. 




YA RAHMAN.. YA RAHIM.. YA ALLAH.. 
Pinjamkan biar sedikit ketabahan padaku, betapa sukar untuk di luah dan dibicarakan. YA ALLAH pinjamkan biar sedikit KETABAHAN padaku.. YA ALLAH.. Sejukkanlah gelojak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa ku YA ALLAH.. Lenyapkanlah dukacita ku, hilangkan kesedihan ku dan halaukanlah keresahan dari jiwa ku.. Hanya padaMU aku bermohon.. Hanya padaMU aku meminta.. Aamiin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...